Isnin, 30 Jun 2014

Misteri Kes Mati Jatuh Bangunan Di Kelantan


Seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri, dipercayai terjatuh dari bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Bayam, Kota Bahru, Kelantan.




Kejadian kira-kira jam 6 petang itu hanya disedari orang awam yang melihat lelaki berkenaan dalam keadaan terbaring di kawasan petak pasu bunga di persekitaran bangunan itu.



Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.




Polis masih menyiasat mengenai kejadian itu memandangkan semasa lelaki itu terjatuh, tiada saksi yang melihat kejadian dan kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak terdapat di kawasan tersebut.



Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) untuk bedah siasat

Sumber: Sinar Harian