Isnin, 30 Jun 2014

Alasan & Hukum Orang Tidak Berpuasa di Malaysia


Selamat menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 2014 ini. Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam sangat bersyukur dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan sekali lagi tahun ini.

Tidak pula bagi mereka yang kaki ponteng puasa. Inilah bulan yang paling tidak digemari mereka. Kerana mereka perlu berlakon, menipu dan merasuah.

Berlakon? Berlakon sakit itu ini kerana tidak mahu berpuasa.

Menipu? Tipu orang sekeliling dengan memberi berjenis-jenis alasan tidak boleh puasa.

Merasuah? Mengupah orang lain untuk membeli makanan untuk mereka. Kalau anda orang perempuan Islam yang tolong golongan mereka ini, anda juga bersubahat.

Apakah alasan yang biasa anda dengar daripada geng tidak berpuasa ini? Banyak betul kan...

Alasan Yang Biasa Kita Dengar


1. Sakit gastrik

Kononnya perut tidak boleh kosong dan tidak tahan lapar jadi kena makan selalu. Kalau bulan lain tidak ada masalah gastrik pula. Pesalah bukan cakap kosong, tetapi sudah siap ada bukti MC daripada doktor yang dia sakit gastirk. Kalau tak makan boleh mati.

Untuk pengetahuan sekalian, penulis sendiri ada penyakit gastrik. Masa di bangku sekolah dahulu siap pengsan apabila cikgu tahan kelas lewat keluar rehat. Tetapi setiap kali bulan Ramadhan tidak ada masalah berpuasa kecuali apabila tidak menjaga makan minum. Jangan minum jus oren dan jangan ambil makanan pedas atau bercuka serta jangan makan banyak sangat. Itu sahaja pantang larang dia.

2. Lupa baca niat

Ini pun satu lagi alasan kebudak-budakan. Ingat kau tu budak sekolah rendah ke? Kita kan sudah diajar membaca niat sesudah habis berbuka puasa. Selepas habis solat terawih pun ada baca sekali lagi niat puasa. Terakhir sekali masa bersahur pun kita diajar untuk baca niat puasa. Kalau risau sangat pun, boleh baca niat puasa sebulan pada awal Ramadhan.

3. Tidak sahur

Alasan yang tidak boleh diterima pakai. Pernah bertahun-tahun juga penulis tidak bersahur kecuali minum air panas suam kerana perut kembung dan bergas. Dengan berbekalkan air suam dan makan sebiji buah kurma boleh tahan juga puasa sehari suntuk.

4. Terlupa yang dia puasa

Biasa kita akan jumpa orang begini jika puasa sunat atau masa puasa ganti. Mungkin juga pada awal bulan Ramadhan. Tetapi kalau dah sampai penghujung bulan puasa masih terpula, memang ada yang tidak kena.

5. Lampu merah

Ini alasan paling popular untuk golongan wanita. Datang bulan atau haid, jadi tidak boleh persoal. Bila ada kad merah ini, dah kira dapat pas lampu hijau nak makan. Tetapi kalau sampai 30 hari datang bulan ada masuk akal?

6. Saya boleh tahan lapar dan dahaga, tetapi tidak merokok

Hukum merokok dah haram. Jadi anda nak tegakkan yang haram semata-mata tidak mahu berpuasa? MasyaAllah.



Setiap tahun kita akan baca usaha jabatan agama setiap negeri cuba membanteras kegiatan ponteng  puasa. Pesalah kena denda RM300, kena hadiri taklimat, kena naik van mayat dan macam-macam lagi tetapi mereka tidak serik-serik.


Sepatutnya semua kedai makan dan restoran buat seperti ini. Restoran makanan segera pun tidak boleh melayan pelanggan Islam.


Tetapi kaki ponteng puasa ini tidak ambil peduli, makan tengahari mesti bedal juga. Tak kira kedai cina atau india yang tidak halal, semua sapu asal perut kenyang melantak.


Hukum Orang Tidak Berpuasa


‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusu bayinya) dan tiada sakit, tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya dan jika berpuasa dia akan puasanya.’ 
[Hadith gharib at-Termidzi]


Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.
[HR. Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya]

Perbandingan Berapa Jam Sehari Umat Islam Dunia Perlu Puasa

Cuba insaf sikit dan lihat bagaimana umat Islam dinegara lain berpuasa.


Kita di Malaysia hanya perlu berpuasa selama 13 jam sehari. Manakala saudara Islam kita di negara kafir kebanyakkan perlu berpuasa lebih daripada 15 jam sehari.

Kalau anda terpaksa tinggal di Alaska, Sweden atau Iceland memang puasa lama sangat. Lepas berbuka ada masa 1-2 jam sahaja untuk solat Maghrib, solat Isya' dan solat terawih selepas itu terus sambung puasa balik.

Cuba bayangkan dan berinsaflah sedikit. Bagaimana mereka semua boleh  berpuasa dalam keadaan begitu.

Jika anda masih bujang, bolehlah nak main ponteng puasa. Nanti bila dah berumahtangga, tak malu ke dengan anak dan bini yang berpuasa.

Sedangkan budak sekolah rendah pun boleh berpuasa, takkan anda tidak mampu melakukannya? Ramai orang cina dan india yang bukan Islam pun boleh berpuasa.

Jom cuba berpuasa tahun ini.Mula belajar balik seperti kanak-kanak. Puasa sekerat hari dahulu, lepas tu minum air sahaja. Esok cuba lagi.... dan lagi dan lagi sampai dapat puasa penuh.

InsyaAllah anda mampu melakukannya.



 

Pekerja McDelivery Mcdonalds Tergamak Rompak OKU



Pihak McDonald’s Malaysia sedang melakukan siasatan susulan kes penghantaran palsu dan rompakan ke atas seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan Presiden Muscleteer Malaysia Fadzli Fadhilah, baru-baru ini.

“Kami telah mengenal pasti penghantar berkenaan dan telah mengarahkan rakan perniagaan yang bertanggungjawab atas khidmat penghantaran McDelivery untuk menggantung beliau daripada tugasannya sementara menunggu siasatan kami.

“Tindakan sewajarnya akan diambil setelah siasatan dalaman kami selesai. Kami menyedari satu laporan polis telah dibuat oleh En. Fadzli dan hasrat kami adalah untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata jurucakap McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai kepada Astro AWANI menerusi emel.

Beliau turut berkata McDonald’s Malaysia tidak akan membiarkan apa-apa tingkah laku yang menyalahi undang-undang untuk berlaku.

“Kami telah berhubung dengan Fadzli mengenai kejadian ini dan akan terus berkomunikasi dengan beliau dari semasa ke semasa,” tambah Melati.

Pada 17 Jun lalu, seorang lelaki penghantar makanan segera telah membuat penghantaran palsu sebelum Fadzli dirompak sebanyak RM100 di rumahnya.

Beliau memberitahu bahawa lelaki berkenaan merupakan orang yang sama yang menghantar makanan ketika membuat pesanan pada 3 Jun.

Dia tidak melarikan diri. Dia cuma berjalan ke lif sebab dia tahu saya tidak boleh kejarnya," ujar Fadzli ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, undang-undang dan akta baru perlu diperkenalkan untuk melindungi OKU kerana golongan OKU tidak berdaya melindungi diri sendiri dan mempunyai banyak batasan.

Sumber: Astro Awani

Misteri Kes Mati Jatuh Bangunan Di Kelantan


Seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri, dipercayai terjatuh dari bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Bayam, Kota Bahru, Kelantan.




Kejadian kira-kira jam 6 petang itu hanya disedari orang awam yang melihat lelaki berkenaan dalam keadaan terbaring di kawasan petak pasu bunga di persekitaran bangunan itu.



Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.




Polis masih menyiasat mengenai kejadian itu memandangkan semasa lelaki itu terjatuh, tiada saksi yang melihat kejadian dan kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak terdapat di kawasan tersebut.



Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) untuk bedah siasat

Sumber: Sinar Harian

Ahad, 29 Jun 2014

Mat Rempit Mati Ngeri Kes Lumba Haram



Apa dia aktiviti masa lapang orang muda melayu? Kalau dahulu kita main bola sepak dan anjurkan pertandingan lawan antara kampung, tetapi sekarang mereka lagi gemar lumba haram.

Kejadian ini berlaku di Kemaman, Terengganu pada 28/6/2014 semalam. Kemalangan yang meragut nyawa 2 orang anak muda melayu ini berlaku di jalan lurus 2 lorong yang belum dibuka kepada orang awam di Jalan Sri Banding petang semalam.



Dikala orang ramai semua bersiap sedia untuk menempuhi bulan Ramadhan yang mulia ini, golongan samseng jalanan ini sibuk merempit dan menggadaikan nyawa dengan berlumpa haram dan beraksi bahaya seperti rempit superman.

Akhirnya tragedi malang pun berlaku. Kita tidak boleh menggunakan perumpamaan "malang tidak berbau" untuk golongan mat rempit. Mereka ini semua seperti "telur di hujung tanduk", bila-bila masa sahaja nyawa boleh melayang.



Simpati kami kepada ibu bapa dan keluarga yang membanting tulang membuang masa, tenaga dan wang ringgit  membesarkan golongan samseng jalanan ini. Kerja sia-sia sahaja.

Diharap ibu bapa dapat menunjukkan kepada anak-anak mereka gambar ngeri mayat tergantung supaya mereka menjauhi kegiatan terkutuk ini. Tidak ada sesiapa yang suka dengan mat rempit kecuali golongan samseng jalanan itu sendiri.


Kami di Trending Malaysia berharap dengan melihat gambar-gambar ngeri ini, para mat rempit akan sedar dan bertaubat serta mengubah arah hidup.


Jika anda masih ingin menceburi aktiviti sia-sia merempit ini, bukan sahaja masa depan anda gelap, anda tiada masa depan sebenarnya.

Orang lain boleh bekerja, kumpul duit, beli kereta besar, rumah besar, bertunang dan berkahwin serta membina keluarga serta pergi umrah dan haji. Tetapi mat rempit semua mati bunuh diri, mati katak dan tergantung, nyawa melayang di masa muda. Geng mat rempit lain semua tengok sahaja daripada jauh.

Yang amat sedih sekali kerana golongan samseng jalanan ini cuma daripada bangsaku, orang melayu. Bilalah nak matang dan sedar?

Waktu Operasi Pejabat Pos & PosLaju Bulan Ramadhan


Ini adalah jadual waktu operasi pejabat pos dan PosLaju depot untuk bulan puasa tahun ini. Semua sedia maklum banyak operasi perniagaan akan tutup awal sejam atau dua jam untuk membenarkan pekerja pulang untuk berbuka puasa dengan keluarga.

Rata-rata kesemua pejabat pos akan tutup pada jam 5:00pm setiap hari bekerja iaitu Isnin sampai Jumaat. Hari Sabtu pula, waktu operasi hanya sampai jam 1:00pm untuk semenanjung Malaysia dan 12:30pm untuk Sabah dan Sarawak.

Terima kasih



Dugaaan Ramadhan Yang Paling Tinggi Rakyat Malaysia


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun Hijrah 1435 bersamaan 2014. Bezanya tahun ini dengan tahun-tahun sudah adalah dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi oleh keseluruh umat Islam rakyat Malaysia.

Umat Islam di negara ini bakal menjalani ibadat puasa dalam keadaan cuaca panas dan kering sepanjang bulan dengan suhu maksimum 36 darjah Celsius.

Dalam musim ini, jumlah hujan akan diterima turut berkurangan sehingga musim ini tamat iaitu September depan sekali gus mengundang keadaan kering.  Apa yang dirasai masyarakat negara ini peringkat permulaan musim berkenaan dan keadaan menjadi semakin kering apabila di pertengahan musim kelak

Keadaan itu juga mengakibatkan paras air di empangan berkurangan. Banyak kawasan di ibu negara dan seluruh Malaysia akan  mengalami catuan air.

Jika keadaan di Sumatera tidak berubah, kita juga mungkin akan dilanda dengan satu lagi cabaran iaitu jerebu. MasyaAllah.

Kami berharap anda semua bersabar, lagi-lagi  mereka yang perlu bekerja diluar pejabat.


Sabtu, 28 Jun 2014

Jangan Sebar Berita Budak Perempuan Kena Culik di Pulau Pinang


Tidak habis lagi muncul berita-berita palsu kes penculikan seperti sebelum ini yang tersebar di media sosial.

Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu daripada laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa seorang budak perempuan diculik untuk diambil organ dalamannya di daerah Barat Daya, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata tindakan pihak tidak  bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu telah menggempar dan menakutkan penduduk di daerah berkenaan.

"Saya sebagai Ketua Polis Daerah menafikan sekeras-kerasnya mengenai kejadian culik budak perempuan untuk diambil organ dalamannya seperti yang tersebar di facebook, WhatsApp dan SMS sekarang ini.




Malah saya juga ingin mengesahkan sehingga hari ini tiada kejadian atau insiden seperti didakwa itu di Barat Daya. Berita itu adalah palsu dan rekaan pihak tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menyeru kepada semua orang dan pemilik akaun facebook dan WhatsApp supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin serta berita palsu seperti itu

Terima kasih


Misteri Kes Mati Kemalangan Atau Bunuh Diri


Misteri sebelum ini akan kes mati kemalangan atau bunuh diri masih belum terungkai. Tetapi ramai saksi mengatakan lelaki ini lompat dengan sukarela. Ia menjadi tanda tanya siapakah dan mengapakah lelaki ini yang melompat daripada stesen LRT Putra Pasar Seni.


Gambar mangsa yang telah jatuh ke tebing sungai berhampiran LRT Putra Pasar Seni. Kelihatan seni grafiti Kuala Lumpur River Art Gallery di belakang.



Mangsa yang berbangsa cina dan berumur dalam lingkungan 50an mengalami kecederaan di bahagian kepala. Kelihatan dua anggota bomba dan penyelamat di lokasi.


Andaian Trending Malaysia adalah lelaki ini merupakan seorang yang tidak penting dan tiada keluarga. Mungkin beliau hanya orang gelandangan yang sudah putus harapan. Kerana itu berita mengenai kes ini tidak menjadi sensasi, tidak masuk akhbar atau TV.

Apa-apapun kesian nasib yang menimpa beliau jika begitu kesudahan ceritanya.

Rakyat Ditipu Info Duit Bantuan OKU RM300 Sebulan



Me and my Angel…sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. Inilah hakikat sebenar..

Ini hakikat yang sebenar wahai semua…bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.



Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung…akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri…anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh….so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah.



Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka…bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas…gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian…syukur Allah masih memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya…




Saya selaku Pengerusi pertubuhan, hanya mewakili suara teman-teman seperjuangan di Pertubuhan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia dimana rata-rata anak istimewa kami tidak mendapat hak yang sewajarnya. Moga dapat membuka mata masyarakat dan juga memperbaiki sistem yang sedia ada. Bukan hanya untk insan terpilih sahaja..tetapi untuk semua yang bergelar anak OKU.

*saya izinkan semua untuk share seberapa ramai yang mungkin; moga dapat membuka mata masyarakat di luar sana..

Oleh : Puan Khairun Darwani Khairuddin
Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia


Tolong tekan butang sosial dibawah untuk kongsikan penulisan Puan Khairun. Terima kasih.

Jumaat, 27 Jun 2014

Betul ke Ada Bendasing Berbahaya Dalam Oat Choco?


Memang semenjak media sosial menjadi sumber hebahan utama rakyat, sudah banyak kes negatif mengenai makanan yang sudah kita terima. Antara kes tersebut adalah cokelat Cadbury, bihun Cap Masjid, kicap ABC, kopi Starbucks dan banyak lagi.

Kes terbaru ini adalah mengenai biskut Oat Choco keluaran TwinFish. Apa kesnya? Ada kandungan tambahan bukan sekadar zat besi, tetapi kepingan logam besi. Betul ke?

Sebenarnya berita ada besi dalam oat choco ini sudah lebih sebulan menjadi viral tetapi ia masih tidak masuk ke media utama kerana isu ini tidak meletup seperti kes-kes yang lain sebelum ini.



Beginilah rupa bentuk pakej produk Oat Choco dan isinya sekali. Produk ini adalah seperti bertih jagung makanan sarapan pagi tetapi ia sudah dipadatkan dengan cokelat putih. Rasanya juga tidak manis sangat kerana ia dipasarkan sebagai makanan kesihatan.

Jenama Oat Choco yang original ini sudah memasuki pasaran pada bulan Mei tahun 2013 lagi. Untuk pengetahuan anda, jenama Oat Choco TwinFish ini ada sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Terdapat juga bukti ujian makmal untuk DNA babi (porcine) dan asid lemak.




Dalam lebih sebulan yang lalu telah keluar berita viral di media sosial mengenai besi yang terlekat dalam Oat Choco. Kepingan logam ini bukan kecil, malah saiznya nak sama besar dengan Oat Choco itu sendiri.

Besi apakah ini? Pengedar mesej ini juga tidak membuat laporan polis ataupun memberikan kita salinan aduan rasminya kepada syarikat TwinFish. Oleh itu geng Trending Malaysia menyiasat adakah benar dakwaaan mesej viral ini.

Dalam siasatan kami terdapat juga mesej viral lain yang tidak disahkan kebenarannya. Bukti bergambar menunjukkan ada syiling dan ada juga kaca dalam bungkusan yang sudah terbuka. Seperti  biasa, tidak tahu siapa yang mulakan penyebaran berita tersebut dan juga tiada laporan polis yang dibuat. Ini menunjukkan seperti ada agenda tertentu disebalik penyebaran khabar angin ini.




Kami menyiasat Facebook Oat Choco TwinFish sendiri. Nampaknya mereka sudah sedar mengenai berita viral ini. Tiada mesej rasmi mengesahkan atau menafikan kes ini tetapi mereka menunjukkan bukti laporan pengesanan logam dalam pengeluaran produk. Ini cuma salah satu langkah QC yang di buat oleh mereka.

Terdapat juga bukti ujian pengesanan logam pada proses akhir pengeluaran produk. Production line akan terhenti dengan serta merta jika mengesan logam walaupun satu paku kecil. Jadi agak mustahil boleh ada bendasing logam atau besi sebesar Oat Choco tersebut.



Mungkinkah kes ini ada agenda atau mainan pihak-pihak tertentu seperti pesaing. Apabila mereka hendak masuk pasaran, mereka akan menyerang pemain utama. Apabila jualan pemain utama terganggu, mereka akan masuk menjadi produk pengganti. Wallahualam.

Seperti biasa ingin kami tekankan bahawa kami tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis mengenai kes ini. Anda boleh pergi sendiri muat turun kesemua sijil halal dan laporan makmal serta tonton video demonstrasi ujian pengesanan logam dalam pengeluaran produk mereka.

Facebook TwinFish Oat Choco: www.facebook.com/twinfish.oat

Nasihat kami adalah apabila anda mendapat berita mengenai sesuatu isu yang kurang jelas kebenarannya, sila lakukan siasatan sendiri sebelum menyebarkan mesej tersebut  menjadi viral. Anda tidak mahu terlibat dalam agenda jahat sesiapa dan dapat dosa saham memfitnah.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.

Khamis, 26 Jun 2014

Kebakaran Asrama Lelaki UIA Damansara


Satu kebakaran asrama lelaki di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Seksyen 16 Damansara. pasukan bomba bekerja ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.


 Kebakaran berlaku di ruang membasuh. Kelihatan api yang sedang marak dan asap hitam berkepul-kepul keluar  daripada tingkap asrama.


 Api besar yang sedang marak di asrama lelakai UIA Damansara.


Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba dari Petaling Jaya dan Damansara.


Syabas sekali lagi kepada pasukan Bomba kita yang berjaya memadam kebakaran ini.

Jasamu dikenang.

 

Cerucuk Besi Projek MRT Hempap Kereta



Lagi satu kes kemalangan akibat projek MRT di ibu negara berlaku pagi tadi masa orang ramai bergegas ke tempat kerja.



Cerucuk besi projek MRT jatuh menghempap kereta pada hari ini 26/6/2014 jam 9:15am di Jalan Lapangan Terbang Subang dekat Kelana Jaya.


Kejadian berlaku berhampiran bangunan CGC, Kelana Jaya menyebabkan jalan raya menjadi sesak kerana orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.


Mangsa dalam kereta yang dihempap Honda Civic adalah dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua mereka cedera dan mangsa yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Sime Darby di Subang.



Kereta Honda Civic yang remuk itu ditarik keluar dari lokasi kejadian pada jam 10:00am. Keadaan kereta Honda Civic yang remuk teruk telah menyebabkan informasi palsu menjadi viral di media sosial bahawa salah seorang penumpang kereta maut dalam insiden ini.


Kerja-kerja MRT diberhentikan buat sementara waktu ini atas desakan Pengerusi NIOSH Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, menunggu siasatan lanjut.


Trending Malaysia dan seluruh rakyat di Lembah Klang berharap NIOSH boleh turun padang segera bagi menyiasat kemalangan ini supaya ia tidak lagi berlaku dimasa hadapan.  


Kejadian kemalangan projek MRT ini bukan kali pertama berlaku. Malapetaka melibatkan projek MRT ini sudah berlaku sebelum ini sebanyak dua kali.


Sekali pada 29 Mac 2013. Seorang maut dan seorang parah di lokasi yang sama. Kes satu lagi pula adalah pada 15 September 2012 juga  menyebabkan seorang pemandu maut.

Semoga kemalangan begini tidak berlaku lagi dimasa hadapan.


Rabu, 25 Jun 2014

Gambar Operasi Gasak Tahan 6 Pengganas Sulu di Kunak, Sabah



Enam pengikut setia Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang juga saudara kepada Sultan Jamalul Kiram dicekup pasukan polis cawangan khas di Kunak, Sabah, awal pagi tadi.



Kumpulan terbabit diburu pasukan keselamatan Malaysia kerana dipercayai bergiat aktif mempromosikan tuntutan Sabah kepada kesultanan Sulu sebelum dicekup dalam operasi yang dilakukan pasukan cawangan Khas dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah antara jam 2 hingga 6.30 pagi itu.



Menurut sumber, enam individu yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga sulu Filipina itu ditahan berasingan di tiga kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Bakau dan Kampung Basilan.





“Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.



Selain penahanan itu, beberapa laras senjata api jenis M16 turut dirampas dalam operasi berkenaan, katanya.


Sekatan jalan raya di Kunak, Sabah


 Gambar suspek yang ditahan


Ini dia kenyataan rasmi PDRM mengenai operasi di Kunak, Sabah yang dikeluarkan pada 25/6/2014 6:00pm tadi.



Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada anggota keselamatan kita yang terbabit dalam Ops Gasak sehingga tertangkapnya enam orang pengganas Sulu.

Jasamu dikenang.