Ahad, 15 Jun 2014

Kenapa Pegawai Jakim Tidak Makan Cadbury


Kecoh! Kenapa pegawai Jakim yang hadir pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif tidak mahu jamah cokelat Cadbury yang dihidangkan?



Manakala para blogger semua makan cokelat Cadbury tanpa was-was.

Memang kejadian yang amat pelik dan tidak disangka ini berlangsung di hadapan semua hadirin. Orang ramai semua tertaya-tanya. Apakah status halal Cadbury yang dikeluarkan oleh Jakim tidak benar?


Bukankah hari tu beria-ria sungguh pengurusan teratas Jakim mengeluarkan fatwa dan kenyataan bahawa cokelat Cadbury halal. Tindakkan pegawai-pegawai Jakim yang hadir tidak mahu makan menyebabkan timbul lagi banyak persoalan bahawa adakah terdapat permainan politik dalaman Jakim.


Mengapa wakil pegawai Jakim tidak turut sama menjamah coklat Cadbury? Tegas Md. Faisal selaku Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM)...

Pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Oeh itu rakyat Malaysia juga tidak berhak untuk dipaksa untuk menjamah cokelat Cadbury.