Rabu, 4 Jun 2014

Banjir Kilat di UIAM



Hujan lebat petang tadi telah mengakibatkan sebahagian besar jalan di perkarangan kawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dilanda banjir kilat dan menenggelamkan beberapa kenderaan, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan jalan raya sehingga mencapai paras pinggang.

Keadaan banjir bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut sekitar jam 3.15 petang tetapi pihak bomba meminta pemandu tidak melalui jalan tersebut dan mencari jalan alternatif.


Mungkinkah siri banjir kilat setiap minggu di ibu kota ini adalah persediaan kepada musim kemarau El-Nino tidak lama lagi? 

Mudah-mudahan ada hikmah dan semoga tadahan air di semua empangan kembali penuh dan pulih sepenuhnya.

Sementara itu jika anda kerja di Kuala Lumpur, sudah tiba masa anda membeli insuran malapetaka khas untuk banjir.