Rabu, 2 Julai 2014

18 Gambar Tanah Mendap di Persimpangan Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi


Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.



Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi  tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan.



Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.


Pandangan di tapak projek Pudu Underpass dimana berlaku tanah mendap


Pandangan dari sebelah atas tapak lokasi tanah mendap


Kita boleh nampak dengan jelas 2 lubang "sinkhole" di lokasi tanah mendap


Lagi gambar daripada atas lokasi tanah mendap


Gambar daripada atas dan sisi tanah mendap


Kelihatan ahli Bomba dan penyelamat menandakan tempat berlaku rekahan akibat tanah mendap


Lagi ahli Bomba menandakan kawasan rekahan akibat tanah mendap


 Tiang monorel yang terjejas akibat tanah mendap


Gambar jelas lubang "sinkhole" akibat tanah mendap


Pada asalnya cuma ada satu lubang, sekarang sudah ada dua lubang akibat tanah mendap.


Gambar lebih jelas lubang pertama


Gambar lebih jelas lubang kedua


Projek terowong bawah tanah DBKL. Pada asalnya kami ingat ini adalah projek MRT tetapi sebenarnya ia adalah projek DBKL untuk mengurangkan kesesakkan di persimpangan yang cukup  terkenal ini.


Kelihatan trafik yang sesak tidak bergerak. Semua kenderaan yang ingin menuju ke segi tiga emas tersangkut dalam jem. Oleh itu cuba elakkan kawasan ini.


Gambar jelas lubang tanah mendap. Kelihatan paip Syabas yang pecah akibat kes ini.

Kemaskini