Jumaat, 4 Julai 2014

Video Kelakar Samsung Sindir Apple Iphone Dalam Iklan Terbaru


Iklan Samsung S5 terbaru di USA memang menyakitkan hati pemilik Apple iPhone. Kenapa pula? Kerana Samsung menyamakan pengguna iPhone dengan cicak. Ya ke? Ya, betul... semua pengguna iPhone disamakan dengan cicak yang melekat didinding.

Cicak kan suka berkumpul di dinding rumah atau bangunan. Menunggu habuan nyamuk atau serangga lain untuk makan. Tetapi pemilik iPhone duduk berkerumun di dinding kerana hendak caj iPhone mereka.

Tajuk TVC terbaru Samsung S5 yang menyindir Apple iPhone ini adalah "Wall Huggers", bukan bermaksud peluk dinding tetapi lebih kepada golongan pengguna iPhone yang berkerumun di soket dinding kawasan awam seperti di lapangan terbang dalam kes iklan ini.


Di dalam babak ini kita boleh nampak pengguna iPhone yang terpaksa lepak dalam tandas awam semata-mata hendak caj iPhone mereka. Walaupun bau kurang enak, ini mungkin tempat yang sesuai bagi sesetengah pengguna iPhone.


Dalam bab ini kelihatan dua orang pengguna iPhone yang sedang caj iPhone mereka ditempat awam. Mereka tanpa segan silu duduk di salah satu tempat lalu lalang kawasan menunggu dalam lapangan terbang. Pengguna iPhone lelaki berharap iPhone yang akan datang akan ada bateri yang lebih baik.


Dalam babak ini pula kita dapat lihat seorang lelaki yang terpaksa makan sambil bersila disebelah soket kerana menunggu iPhone beliau dicaj. Dalam babak selepas ini ada menunjukkan pengguna Samsung S5 yang dapat makan dengan selesa diatas meja.Sekali lagi Samsung nak menunjukkan perbezaan kelas pengguna.


Dalam babak ini kita boleh lihat pengguna iPhone wanita yang kecewa dan tidak puas hati kerana krew pembersihan mencabut plag caj iPhone beliau.


Ini pula babak paling mahal dalam keseluruhan iklan Samsung. Nampak bebenar Samsung ingin menyindir pengguna iPhone. Anda boleh lihat pengguna iPhone dengan pakaian bisnes lengkap, berkot dan bertali leher kena tarian punggung kerana caj telefon di water cooler.

Jom tengok video TVC terbaru Samsung S5 dengan tajuk "Wall Huggers".



Apa kehebatan Samsung S5. Fungsi "Ultra Power Saving Mode" dan boleh tukar guna bateri lain.

Jangan lupa kongsikan artikel ini, lebih-lebih lagi kepada kawan dan kenalan anda yang merupakan fanboy Apple. Mesti panas hati.

Jangan marah, nanti kurang pahala puasa.