Rabu, 23 Julai 2014

Rebat Tol Lebuhraya Hari Raya Aidilfitri 2014


Rebat tol ini bertujuan mengurangkan pengguna lebuhraya pada waktu kemuncak semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25,26 dan 27 Julai serta 1,2 dan 3 Ogos setiap hari pada musim perayaan akan datang.

Jumlah berkenaan adalah peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Rebat tol ini diberikan kepada kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

Rebat tol itu sebagai langkah mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai untuk bergerak pada hari bukan puncak.