Isnin, 7 Julai 2014

Hati-hati Dengan Sindiket Penipuan Ejen Kutipan Bil TNB


Lagi kes penipuan sedang berkembang di Malaysia. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pergerakkan sindiket penipuan terbaru ini.

Mereka berjalan dengan bertopengkan sebagai ejen kutipan wang untuk bayaran bil elektrik TNB.





Sasaran utama mereka adalah kediaman dan premis perniagaan dengan jumlah bil tertunggak yang tinggi.

Kononnya dengan membuat bayaran hanya sebahagian daripada jumlah bil, jumlah bil tertunggak tersebut akan hapus terus.

Pengguna kononnya boleh jimat sebanyak 50% dan lebih lagi jika membayar bil elektrik dengan ejen-ejen penipu ini.


Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya membuat bayaran bil elektrik terus kepada TNB tanpa melalui ejen-ejen yang tidak sah ini. Pihak TNB tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk mewakili mereka dalam kutipan bil elektrik.

Harap maklum.

Tolong sebarkan artikel ini supaya orang ramai tidak tertipu dan jatuh dalam perangkap sindiket jahat ini.

Sekian terima kasih.