Sabtu, 5 Julai 2014

Sharifah Aini @ Kak Pah Meninggal Dunia Awal Pagi Ini



Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini pada sekitar pukul 1.30 pagi tadi kerana komplikasi paru-paru.

Allahyarham disahkan mengidap masalah paru-paru yang serius semenjak dua tahun lalu dan sejak itu, berulang alik dirawat di hospital.

Keadaan Allahyarham, yang baru menyambut hari kelahiran pada 2 Julai, dikatakan semakin kritikal semenjak beberapa hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi

Al-Fatihah.



mudah iklan percuma majalah ubat kuat untuk lelaki kuat zakar dan tenaga batin renew cukai jalan road tax jpj myeg malaysia