Isnin, 7 Julai 2014

Betul ke Bernama Plagiat Berita Jakarta Globe?


Macam susah nak percaya, tetapi berita ini nampaknya benar. Tuduhan Jakarta Globe adalah Bernama plagiat kandungan 2 artikel pilihanraya Jakarta Globe "word by word". Apa maksudnya "word by word" itu? Artikel-artikel tersebut diciplak sebijik sebijon. Senang cerita copy dan paste.

Budaya copy dan paste blogger Malaysia sudah berjangkit kepada wartawan Bernama kita. Kalau diberi kredit dan sumber berita, boleh juga diterima. Tetapi 2 artikel ini diambil tanpa kebenaran dan digunapakai sebagai artikel Bernama.


Kes plagiat Bernama ini jadi "headline" atau tajuk utama Jakarta Globe

Insiden ini sungguh memalukan buat industri kewartawanan Malaysia. Wartawan negara kita pasti  diperlekehkan oleh wartawan negara luar selepas ini, lebih-lebih lagi negara jiran kita Indonesia.

Untuk makluman semua, ini adalah satu kesalahan serius dan Jakarta Globe akan mengambil tindakan perundangan ke atas Bernama.


Artikel pertama Jakarta Globe yang di plagiat Bernama


Artikel kedua Jakarta Globe yang di plagiat Bernama

Trending Malaysia juga berharap para blogger di Malaysia jangan terus "meniru" cara wartawan Bernama ini. Budaya "copy dan paste" kandungan orang lain amat jengkel. Lagi-lagi jika ia dilakukan tanpa kebenaran dan tiada kredit, sumber atau backlink diberikan kepada pemilik asal kandungan.

Jika anda tidak mampu menulis, tolong berikan kredit kepada penulis asal. Dengan berkembangnya media sosial, perkongsian maklumat adalah amat dialu-alukan tetapi sila beri kredit  kepada penulis asal.

Sekian terima kasih.

Sumber: Jakarta Globe