Isnin, 7 Julai 2014

Gambar Pesawat AirAsia Tergelincir di Brunei



Sebuah pesawat AirAsia tergelincir di landasan Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei pada petang tadi.


Pesawat AK278 itu membawa 102 penumpang dengan tujuh krew. Kesemua penumpang dan krew berada dalam keadaan selamat. Syukur tiada kemalangan jiwa dalam insiden ini.



Berdasarkan gambar-gambar pesawat yang tergelincir, besar kemungkinan ia adalah akibat landasan yang  licin selepas hujan lebat.


Berita pesawat AirAsia ini menjadi trending di media sosial sebaik berlakunya kejadian malang ini.


Ini  bukan pertama kali insiden pesawat AirAsia tergelincir semasa mendarat di lapangan terbang. Kita berharap dan berdoa agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi dimasa akan datang.

Cuba anda bayangkan perasaan penumpang dalam pesawat AK278 petang tadi.

Apa-apapun syukur mereka semua selamat.