Ahad, 6 Julai 2014

Taufan Neoguri Dijangka Melanda Jepun Minggu Depan


Taufan Neoguri ini adalah taufan kedua bagi tahun 2014, mengancam untuk menjadi taufan yang amat berbahaya kerana ia bergerak ke arah Okinawa dan berpotensi melalui bahagian-bahagian lain di Jepun dan Asia Tenggara.


Sistem ribut biasa ini berpontensi besar menjadi taufan. Ramalan kelajuan angin untuk taufan Neoguri pada skala angin bersamaan kategori 5 apabila ribut menghampiri Okinawa dan Kepulauan Ryukyu pada hari Isnin (masa Amerika Syarikat).

Taufan Neoguri mungkin akan melanda bahagian barat tanah besar Jepun pada hari Selasa atau Rabu. Walau bagaimanapun, mengikut peta JTWC, terdapat kon yang tidak menentu terbentang mana-mana dari Shanghai di pantai China ke Tokyo di timur Jepun pada masa itu, dan termasuklah bahagian-bahagian Utara dan Korea Selatan.



Taufan Neoguri bergerak pada kelajuan 130 mph kategori 4 pada hari Sabtu dan adalah siklon tropika yang terkuat pada tahun ini di lautan Pasifik Barat. Taufan pertama tahun ini, Faxai, mencapai status taufan minimum dengan angin 75-mph pada awal bulan Mac lepas tetapi a tidak menjejak tanah.

Sumber:  Weather Channel