Rabu, 9 Julai 2014

Tarikh Akhir Serahan Parcel Di Kaunter Pos Laju Adalah Berita Palsu


Musim perayaan adalah masa yang paling pening kepala bagi peniaga online yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan PosLaju.

Bagi mereka yang sudah sedia berniaga secara online paling kurang sudah melaluinya tahun lepas. Pasti semua peniaga online sudah serik dengan kes barang tidak dapat dihantar oleh pihak PosLaju sampai 2 minggu lepas Hari Raya Aidilfitri kerana lambakan parcel di gudang.

Walaupun PosLaju masih menerima barang untuk dihantar di kaunter kutipan seperti pejabat pos dan pos depot, tetapi pegawai bertugas sudah beritahu awal-awal bahawa parcel cuma akan terima 2 minggu selepas Hari raya Aidilfitri kerana mereka "backlog". Berapa ramai penjual online hilang pelanggan kerana insiden PosLaju tersebut.

Kita bukan sahaja dengar tetapi boleh lihat sendiri berapa banyak bekas parcel yang tidak dapat diproses. Malah bagi penerima, pihak PosLaju sendiri meminta kita datang kutip sendiri parcel kerana mereka tidak menang tangan nak hantar.

Oleh kerana kes tahun lepas, geng Trending Malayia tidak hairan satu berita palsu sudah muncul di media sosial dan menjadi viral pada tahun ini. Apa dia mesej tersebut?


Kononnya seorang penyelia Pos Laju sudah memberitahu salah seorang peniaga online bahawa kutipan terakhir parcel adalah pada 17 Julai 2014, iaitu Khamis minggu depan.


Pihak PosLaju sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi di facebook menafikan berita media sosial yang palsu tersebut.


Pihak PosLaju berkeras yang mereka masih menerima parcel di kaunter kutipan sehingga minggu terakhir Ramadhan pada 22 Julai 2014 iaitu hari Selasa.

Manakala serahan parcel masih akan dilakukan sehingga 26 Julai 2014 iaitu hari Sabtu.

Pengeposan selepas tarikh 22 Julai 2014 hanya akan dihantar mulai 30 Julai 2014 iaitu hari Rabu.




Tetapi nasihat Trending Malaysia adalah jangan tunggu saat akhir untuk membuat belian atau tempahan secara online. Sila lakukan segera pada minggu ini atau minggu depan. Jangan tunggu sampai minggu terakhir bulan Ramadhan.

Kenapa? Tengok sahaja graf penghantaran barang online menggunakan pos Malaysia di bawah...


Pada tahun 2011 ia adalah 29 juta, di ikuti dengan 30 juta pada tahun 2012. Tahun 2013 merupakan tahun servis paling teruk PosLaju masa musim perayaan kerana peningkatan ketara kepada 40 juta penghantaran.

Jadi tahun 2014 ini jumlah parcel akan turun ke naik? Sudah pastinya naik tuan-tuan dan puan-puan. Jumlah parcel sudah naik, pekerja yang proses masih sama, tidak bertambah. Agak-agak apa akan jadi tahun ini?

Jadi walau apa pun notis yang dikeluarkan oleh pihak PoLaju, silalah ikuti nasihat Trending Malaysia. Jangan menyesal dan nak marah penjual online jika barang anda lewat tiba.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan artikel ini dengan menekan butang di bawah.