Selasa, 15 Julai 2014

Berita Palsu Kejadian Tembak Secara Rawak di Ipoh



PENAFIAN KEJADIAN TEMBAK SECARA RAWAK DI IPOH

Penyebaran maklumat di media sosial berkaitan kejadian melepaskan tembakan secara rawak yang berlaku di sekitar kawasan Gerbang Malam dan perkarangan Stesen KTMB Ipoh adalah TIDAK BENAR.

Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian yang berlaku di mana terdapat dakwaan ia melibatkan kecederaan mahupun kematian.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti seperti sedia kala memandangkan keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai mahupun membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu gugat ketentaraman awam.

Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.