Jumaat, 11 Julai 2014

Laman Sesawang Utusan Malaysia Ada Virus


Bukan nak mencemaskan sesiapa, tetapi kami di Trending Malaysia baru mendapat tahu yang laman utama Utusan Malaysia ada virus.

Ada virus? Ya, sudah terbukti ada pengesanan virus dan laman web Utusan jadi ia disekat daripada diakses menggunakan komputer yang dipasang dengan perisian Antivirus Avast.


Gambar diatas adalah bukti laman sesawang Utusan Malaysia dikesan ada virus berikut:

Infection: JS:Includer-ANI [Trj]

Kami sudah cuba mengakses laman sesawang Utusan Malaysia menggunakan pelayar Firefox, Interner Explorer dan juga Chrome. Semua tidak boleh buka kerana dihalang atau disekat oleh perisian Antivirus Avast.


Tetapi cubaan membuka laman sesawang Utusan Malaysia dengan menggunakan gajet tablet dan juga smartfon tanpa perisian Antivirus Avast adalah berjaya.

Untuk pengetahuan pembaca, tablet dan smartfon Android tersebut tidak dipasang dengan versi Android Anvirus Avast.

Cubaan kami membuka laman sesawang berita lain seperti Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, The Star, Bernama, Astro Awani, MalaysiaKini juga adalah berjaya menggunakan komputer yang sama.

Oleh itu kami beranggapan bahawa cuma laman sesawang Utusan Malaysia yang dijangkiti virus ini. Mungkin ada hacker sudah berjaya inject trojan ke laman utama atau webmaster Utusan Malaysia menggunakan library javascript yang tercemar. Wallahualam.

Mungkin juga pengesanan virus ini adalah satu kes pengesanan "false positive" atau tidak betul. Oleh itu, webmaster atau system administrator Utusan Malaysia harus bertanggungjawab kerana tidak peka dengan insiden ini.

Sepatutnya beliau sentiasa membuat diagnotics dan audit keselamatan bagi mengesan keadaan seperti ini. Jika ia benar adalah "false positive", maka beliau perlu menghubungi Avast dengan segera bagi memperbetulkan keadaan.

Buat masa sekarang, laman sesawang Utusan Malaysia tidak dapat diakses oleh pengguna Antivirus Avast.

Nasihat kami adalah berjaga-jaga.