Selasa, 8 Julai 2014

Kempen Deactivate Servis Voice Mail Untuk Pelan Pascabayar Telco Malaysia




Ini adalah kempen khas untuk semua pengguna pelan pascabayar atau postpaid di Malaysia.

Tahukah anda bahawa anda dikenakan caj sebanyak RM0.08 sen ke RM0.10 sen untuk setiap kali panggilan masuk yang tidak dijawab.

Secra automatik semua panggilan akan disambut oleh sistem voicemail. Ya, tidak kira apa pilihan Telco anda.


Telco membuat keuntungan berjuta ringgit daripada servis voicemail yang mungkin anda tidak guna ini. Kalau tidak guna, kenapa nak terus bayar?

Oleh itu mari kita matikan servis voicemail ini jika kita tidak gunapakai untuk menjimatkan duit. 

Untuk deactivate servis voicemail boleh ikut arahan di bawah berdasarkan Telco masing-masing.

Sila dial :


Celcom ##002#
Digi *128#
Maxis ##109#
Umobile ##002#

Tune Talk ##002#


Jika berjaya, anda akan dapat mesej "Call forwarding, All, Erase successful".



Sila kongsi dan sebarkan kepada semua orang cara untuk jimatkan wang bil bulanan dengan mematikan service voicemail untuk pengguna pelan pascabayar.


Terima kasih.