Jumaat, 30 Mei 2014

Cadbury Yakin Cokelatnya Halal

Cadbury masih tidak mahu meminta maaf. Lepas itu seperti biasa masih cuba menegakkan benang yang basah. Masih mengaku bahawa cokelatnya halal.

Kenyataan rasmi Cadbury bahawa cokelatnya halal menjadi tanda tanya kepada ramai umat Islam. Kalau dah terang-terang ada DNA babi, masih halal ke?

Bagi mereka yang tidak tahu menjaga makan dan minum,  teruskanlah pertahankan cokelat kesayangan anda itu. Makanlah benda haram tu  puas-puas sampai nyawa anda dicabut. Syabas, anda manusia yang makan dan minum mengikut hawa nafsu semata-mata.

Tetapi bagi mereka yang sudah was-was, lebih baik boikot sahaja cokelat Cadbury ini. Banyak benda halal lain yang boleh dimakan.

Kenapa benda haram juga yang dicari?