Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM (Eastern Sabah Security Command).
Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini.
Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di
ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi
memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.
Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.

Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada
risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan kerajaan pusat
telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai
pengajaran berguna.
Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.

Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk membendung
pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di masa
yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah
menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.
Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.
Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.

Tetapi peristiwa 2 penculikan baru-baru ini yang melibatkan pelancong asing dan seorang pengusaha ikan telah merencatkan usaha kerajaan untuk mengamankan kawasan pelancongan utama di Malaysia timur ini, iaitu Sabah.
Mungkin kerajaan perlu memikirkan cara lain untuk meningkatkan tahap keselamatan negeri Sabah seperti menghantar perwira wanita ke sana.
Kalau penculik tengok rambo Malaysia ni, mesti lari lintang pukang!
Kalau berani ceroboh lagi, kita hantar pula trio Malaysian Angels ni.
Jangan pula ada pihak yang nak melenting. Gambar heroin-heroin ini sekadar gambar hiasan sahaja.
Kita menyokong apa jua usaha kerajaan dalam mengatasi isu kelemahan keselamatan negara ini. Biarlah mereka yang pakar dalam bidang mereka yang membuat kajian dan keputusan serta jalankan tugas mereka
Kemaskini terbaru: 7/5/2014 Menteri umumkan Sabah dikenakan perintah berkurung.