Sabtu, 31 Mei 2014

Pinjaman Bank Rakyat Tanpa Faedah



Betul ke Bank Rakyat ada buat produk pinjaman terbaru?

Pinjaman peribadi dan perniagaan tanpa faedah!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini  mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan berunsur rasuah atau jenayah dengan pinjaman tanpa faedah di Bank Rakyat.

SPRM mendapati tiada unsur rasuah dikesan berkaitan isu pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan.

Kenyataan SPRM hari ini menyebut penelitian awal mendapati ia lebih kepada isu tadbir urus bank.

"Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya, termasuk memanggil pihak yang berkaitan, jika menerima maklumat baharu," katanya.

Laporan beberapa media baru-baru ini mendakwa Bank Rakyat meluluskan pinjaman sebanyak RM32 juta tanpa faedah kepada seorang ahli perniagaan.

Satu portal berita pula memetik bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai mendakwa ahli perniagaan terbabit mendapatkan campur tangan seorang ahli politik bagi menyelesaikan pinjaman itu.

SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah.

"Akta SPRM 2009 hanya menyediakan peruntukan untuk menyiasat kes berunsur rasuah. "Sehubungan itu, SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada," katanya.

Oleh itu sudah ada ura-ura orang ramai akan menyerbu Bank Rakyat pada Isnin 2 Jun 2014 ini untuk membuat pinjaman peribadi tanpa faedah. Ramai juga rakyat Malaysia yang berminat dengan produk terbaik Bank Rakyat setakat ini.

Daripada membuat pinjaman dengan ah long yang mengenakan kadar faedah tinggi tak masuk akal, lebih baik kita membuat pinjaman tanpa faedah di Bank Rakyat. Senang-senang sahaja lulus RM32 juta, takkan nak buat pinjaman RM50,000 pun susah kot untuk peniaga bumiputera.

Apa pra syarat kelulusan pinjaman tanpa faedah ini? Isnin nanti kita tahu.

Sumber: Bernama