Jumaat, 9 Mei 2014

KTM Intercity & ETS



Perkhidmatan Electric Train Service (ETS) adalah servis terbaru yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sebagai memperkenalkan perkhidmatan premium ini, maka ETS akan memastikan anda selesa dan selamat didalam perjalanan ke destinasi pilihan anda dalam masa singkat yang mungkin.

Bermula 4 April 2014, tiket tren KTM Intercity dan ETS akan dibuka untuk tempahan dan pembelian 30 hari awal dari tarikh perjalanan. Tiket akan dibuka setiap hari pada jam 08:30 pagi.

Untuk membuat tempahan tiket secara atas talian sila pergi ke:
https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx 

Anda juga boleh beli tiket di kaunter tiket ETS di KL Sentral.



Setakat ini, perkhidmatarn tren antara bandar cuma sampai ke Ipoh sahaja. Tetapi pembukaan rail berkembar ke utara tanahair dijangka berlaku tidak lama lagi.

Ini bukti bergambar stesen tren KTM Intercity ETS sudah siap sedia dan kerja-kerja ujian landasan sudahpun dilakukan. Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.



Stesen keretapi Bagan Serai, Perak 




Stesen keretapi Butterworth, Pulau Pinang




Stesen keretapi Gurun, Kedah 



Stesen keretapi Anak Bukit, Kedah



Stesen keretapi Kodiang, Kedah


Stesen keretapi Bukit Ketri, Kangar, Perlis




 Stesen keretapi Arau, Perlis

Nampak gaya kita sudah boleh naik tren ETS sampai ke Utara tidak lama lagi. Apa-apa pun kita kena tunggu perasmiannya tidak lama lagi. Mungkin sebelum raya tahun ini?

Di harap kerajaan dapat mempercepatkan pembukaan perkhidmatan tren ETS ini memandangkan perkhidmatan bas yang kurang memuaskan ditambah dengan risiko kemalangan maut.