Selasa, 27 Mei 2014

Boikot Cokelat Cadbury



Susulan kes pengesahan KKM bahawa wujud DNA babi dalam cokelat Cadbury, kecoh jadi satu Malaysia. Di akhbar, facebook,  twitter, instagram, blog dan forum asyik memperkatakan kes Cadbury yang memberi umat Islam makan babi ini.

Hypermarket dan kedai-kedai semua sudah tarik balik cokelat ini daripada rak jualan. Mana yang tidak sempat, sudah pesan kepada pekerja supaya jangan jual cokelat Cadbury ini. Kalau jual juga mereka boleh kena tindakan denda RM100,000 oleh KPDNKK.

Saya sendiri menerima berapa banyak whatsapp dengan berbagai amaran dan meme. Ada yang baru balik daripada Langkawi borong cokelat Cadbury. Ada juga yang baru selesai shopping kerana baru masuk gaji, jadi baru beli stok Cadbury untuk bulan ini.

Mana yang dah terbeli tu kalau ada jiran bukan Islam dia boleh derma. Mana yang geram buang terus dalam tong sampah cokelat Cadbury. Geram!
Umat Islam di Malaysia geram dan marah dengan Cadbury. Sudah buat kesilapan taruk babi dalam cokelat samada sengaja atau tidak, kita pun tidak tahu.

Yang menjadi isu adalah kerana sampai hari ini syarikat kafir laknat ini masih berdegil dan tidak mahu mohon maaf dengan seluruh rakyat Malaysia.

Syarikat asing ini tidak sensitif langsung dan tidak mahu mengaku bersalah dan meminta maaf. Sepatutnya apabila masuk berniaga di tempat orang kenalah belajar cara tempat itu. Sini kat Malaysia yang kaya dengan adat ketimuran. Kalau dah salah dan silap, mohon maaf.

Kenapa susah sangat? Ada yang lapor bahawa Cadbury sedang main belakang nak tutup kes ini, kerana itu semua agensi kerajaan lembap bertindak.

Sebelum ini sudah ada ura-ura Cadbury mempunyai cable baik dalam KKM sampai dapat menyembunyikan laporan DNA babi ini selama 3 bulan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pun ada menyebut mengenai kes sembunyi laporan ini.

Kenapa masih hendak menegakkan benang yang basah?

Kalau bulan depan keluar berita KKM tarik balik laporan DNA babi dalam Cadbury pun, rakyat Malaysia rata-rata tidak akan terkejut. Wang boleh beli semua benda, tetapi di dunia ini sahaja anda terlepas. Nantikan azab yang perit dihari akhirat nanti.

Dosa bersubahat memberi makan babi kepada umat Islam di Malaysia ini. Bolehkah dan sempatkah anda memohon maaf kepada seluruh mereka yang terlibat? Mana yang sudah meninggal dunia tu, sudah pasti tidak sempat minta maaf.


Sudah ramai orang Islam yang makan atau tidak makan cokelat Cadbury ini menjerit "BOIKOT".

Selamat tinggal Cadbury.