Khamis, 29 Mei 2014

Modus Operandi Perogol Kanak-Kanak Terbaru






Ibu bapa diluar sana harus berhati-hati dengan taktik terbaru perogol kanak-kanak. 

Imej diatas dikongsikan di laman sosial dan menceritakan bagaimana sang perogol dapat menawan mangsa.

Air kotak akan disuntik dengan ubat pelali atau ubat khayal. Bahagian atas air kotak akan digam semula.

Modus Operandi Perogol

  1. Perogol akan berada disekitar kawasan sekolah atau taman permainan. 
  2. Perogol akan mensasarkan kanak-kanak yang bermain berseorangan, supaya tiada saksi
  3. Perogol akan menghampiri mangsa dan bertanya jalan atau persoalan lain
  4. Sebagai upah, air kotak akan diberi
  5. Perogol tunggu mangsa khayal dan bawa mangsa masuk kenderaan

Nasihatkan Anak Anda


Ini adalah tanggungjawab anda. Bukan guru. Nasihatkan selalu sebelum keluar rumah atau hantar ke sekolah.

Jangan lupa nasihatkan anak-anak, tidak kira lelaki atau perempuan supaya:
  • Jangan bermain sorang-sorang di taman permainan atau luar rumah.
  • Jika tertinggal bas, sila telefon ibu bapa segera. Minta bantuan pengawal sekolah.
  • Tidak bercakap dengan orang yang mereka tidak kenal.
  • Tidak mengambil makanan atau minuman daripada sesiapa pun.
  • Walaupun orang yang dikenali, bawa makanan atau minuman pulang ke rumah dahulu.
  • Jangan masuk dalam kenderaan orang yang tidak dikenali.
Pastikan anak-anak anda ingat pesanan ini dan hafal seperti ikrar. Jika dinasihat selalu, insyaAllah dia akan ingat bila tiba masa.

Tolong sebarkan artikel ini dengan klik butang sosial di bawah. Anda mungkin berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada menjadi mangsa rogol.