Sabtu, 31 Mei 2014

Budak Mati Jatuh Eskelator Gardens Mid Valley


Seorang kanak-kanak perempuan mati terjatuh daripada eskelator di Gardens Mid Valley pada petang 31 Mei 2014 tadi. Gambar kanak-kanak dikaburkan kerana menghormati keluarga.


Suasana hiba menyelebungi keluarga dan orang ramai yang menyaksikan kejadian. Orang ramai rata-rata terkejut dan sedih apabila mendapat tahu berita dan melihat mayat kanak-kanak tidak berdosa tersebut, walaupun telah diselubung dengan kain.


Ibu dan bapa yang terkejut dan sungguh sedih.

Mayat kanak-kanak malang di bawa keluar dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tersebut. Sesungguhnya malang tidak berbau.

Kemaskini Terbaru 



Pihak pengurusan The Gardens Mall menjelaskan insiden malang menimpa kanak-kanak maut baru-baru ini berpunca daripada seretan susur getah eskalator dan bukan berpunca daripada ruang kecil antara eskelator seperti dilapor media sebelum ini.

Daripada rakaman litar tertutup (CCTV), pihak pengurusan mendapati mangsa Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, tiba-tiba diseret susur getah di eskalator kemudiannya hilang keseimbangan badan dan jatuh daripada tingkat tiga pusat membeli-belah tersebut

Oleh itu, dinasihatkan semua ibu bapa menasihati anak-anak supaya jangan bermain di kawasan  eskelator. Nasihatkan dan marah anak tersayang untuk keselamatan mereka juga.