Sabtu, 31 Mei 2014

Pinjaman Bank Rakyat Tanpa Faedah



Betul ke Bank Rakyat ada buat produk pinjaman terbaru?

Pinjaman peribadi dan perniagaan tanpa faedah!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini  mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan berunsur rasuah atau jenayah dengan pinjaman tanpa faedah di Bank Rakyat.

SPRM mendapati tiada unsur rasuah dikesan berkaitan isu pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan.

Kenyataan SPRM hari ini menyebut penelitian awal mendapati ia lebih kepada isu tadbir urus bank.

"Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya, termasuk memanggil pihak yang berkaitan, jika menerima maklumat baharu," katanya.

Laporan beberapa media baru-baru ini mendakwa Bank Rakyat meluluskan pinjaman sebanyak RM32 juta tanpa faedah kepada seorang ahli perniagaan.

Satu portal berita pula memetik bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai mendakwa ahli perniagaan terbabit mendapatkan campur tangan seorang ahli politik bagi menyelesaikan pinjaman itu.

SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah.

"Akta SPRM 2009 hanya menyediakan peruntukan untuk menyiasat kes berunsur rasuah. "Sehubungan itu, SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada," katanya.

Oleh itu sudah ada ura-ura orang ramai akan menyerbu Bank Rakyat pada Isnin 2 Jun 2014 ini untuk membuat pinjaman peribadi tanpa faedah. Ramai juga rakyat Malaysia yang berminat dengan produk terbaik Bank Rakyat setakat ini.

Daripada membuat pinjaman dengan ah long yang mengenakan kadar faedah tinggi tak masuk akal, lebih baik kita membuat pinjaman tanpa faedah di Bank Rakyat. Senang-senang sahaja lulus RM32 juta, takkan nak buat pinjaman RM50,000 pun susah kot untuk peniaga bumiputera.

Apa pra syarat kelulusan pinjaman tanpa faedah ini? Isnin nanti kita tahu.

Sumber: Bernama

Budak Mati Jatuh Eskelator Gardens Mid Valley


Seorang kanak-kanak perempuan mati terjatuh daripada eskelator di Gardens Mid Valley pada petang 31 Mei 2014 tadi. Gambar kanak-kanak dikaburkan kerana menghormati keluarga.


Suasana hiba menyelebungi keluarga dan orang ramai yang menyaksikan kejadian. Orang ramai rata-rata terkejut dan sedih apabila mendapat tahu berita dan melihat mayat kanak-kanak tidak berdosa tersebut, walaupun telah diselubung dengan kain.


Ibu dan bapa yang terkejut dan sungguh sedih.

Mayat kanak-kanak malang di bawa keluar dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tersebut. Sesungguhnya malang tidak berbau.

Kemaskini Terbaru 



Pihak pengurusan The Gardens Mall menjelaskan insiden malang menimpa kanak-kanak maut baru-baru ini berpunca daripada seretan susur getah eskalator dan bukan berpunca daripada ruang kecil antara eskelator seperti dilapor media sebelum ini.

Daripada rakaman litar tertutup (CCTV), pihak pengurusan mendapati mangsa Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, tiba-tiba diseret susur getah di eskalator kemudiannya hilang keseimbangan badan dan jatuh daripada tingkat tiga pusat membeli-belah tersebut

Oleh itu, dinasihatkan semua ibu bapa menasihati anak-anak supaya jangan bermain di kawasan  eskelator. Nasihatkan dan marah anak tersayang untuk keselamatan mereka juga.


Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2014


Setiap tahun, pada 31 Mei, World Health Organization (WHO) akan menandakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Pada hari ini kita akan menonjolkan risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan membincangkan dasar yang efektif untuk mengurangkan penggunaan tembakau.

Tembakau membunuh hampir enam juta orang setiap tahun, di mana lebih daripada 600,000 adalah bukan perokok mati akibat bernafas asap rokok perokok tegar.

Untuk tahun 2014 ini, Hari Tanpa Tembakau Sedunia mengambil ikhtiar lain, WHO menyeru kepada negara-negara untuk menaikkan cukai ke atas tembakau.




Kalau anda tidak sayangkan nyawa, anda mungkin sayangkan duit. Sila baca kisah saudara kita di bawah yang berjaya menyimpan RM1,270 untuk 4 bulan sahaja.



Oleh itu kami menyeru agar anda dapat memuat turun gambar poster di laman web ini dan sebarkan kepada rakan-rakan perokok dan bukan perokok. Kita berharap kempen berhenti merokok ini dapat menolong beberapa saudara dan rakan kita pada hari ini.



Selain menghantar gambar poster dengan khidmat whatsapp, wechat dan lain-lain, anda juga boleh gunakan butang  sosial di bawah untuk menyebarkan kempen ini.

Sekian terima kasih.

Sumber: http://www.who.int/campaigns/no-tobacco-day/2014/en/

Jumaat, 30 Mei 2014

Cadbury Yakin Cokelatnya Halal

Cadbury masih tidak mahu meminta maaf. Lepas itu seperti biasa masih cuba menegakkan benang yang basah. Masih mengaku bahawa cokelatnya halal.

Kenyataan rasmi Cadbury bahawa cokelatnya halal menjadi tanda tanya kepada ramai umat Islam. Kalau dah terang-terang ada DNA babi, masih halal ke?

Bagi mereka yang tidak tahu menjaga makan dan minum,  teruskanlah pertahankan cokelat kesayangan anda itu. Makanlah benda haram tu  puas-puas sampai nyawa anda dicabut. Syabas, anda manusia yang makan dan minum mengikut hawa nafsu semata-mata.

Tetapi bagi mereka yang sudah was-was, lebih baik boikot sahaja cokelat Cadbury ini. Banyak benda halal lain yang boleh dimakan.

Kenapa benda haram juga yang dicari?

Bumbung Kanvas Koyak di SUKMA 2014



Pihak penganjur dan kontraktor bangunan SUKMA 2014 terpaksa menjilat ludah sendiri kerana insiden yang dijanjikan tidak akan berlaku, sudahpun berlaku. Nasib baik tiada sebarang kes kemalangan yang berlaku. Rekod baik penganjuran sudah pun menjadi hitam.

Kain kanvas baru yang dijadikan bumbung Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negeri, Kangar terkoyak selepas hanya 10 minit ditimpa hujan petang semalam. Walaupun mendapat jaminan kain kanvas ini akan tahan hujan lebat seperti kain kapal layar di lautan semasa ribut.




Tidak sampai sehari Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Azizan Ab. Rahman mengesahkan bahawa semua kemudahan serta venue Sukan Malaysia (Sukma) 2014 selamat digunakan tiba-tiba kanvas yang dijadikan sebagai bumbung di bahagian kolam renang, Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negeri, Kangar terkoyak.

Insiden yang tidak diduga itu terjadi selepas kira-kira hanya 10 minit hujan, sehingga menyebabkan kanvas itu terkoyak di bahagian tengah kerana tidak dapat menampung lebihan takungan air.

Mujur, tiada insiden lebih buruk berlaku. Pembekal memberi jaminan kain itu tidak akan menampung air kerana air hujan boleh tembus material kanvas teknologi terbaru ini.

Bagaimanapun, kini timbul persoalan siapa yang harus bertanggungjawab ekoran insiden tersebut sehingga ada yang didakwa mula 'lepas tangan' dan mula menuding jari antara satu sama lain.

Mari kita tunggu dan lihat drama tuding jari tuduh menuduh siapa yang bersalah dan perlu pikul tanggungjawab  dalam kes ini. Berapa tahun kita perlu tunggu untuk ketahu jawapan kes ini?
Insiden Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh pada tahun 2009 masih menjadi tanda tanya sehingga hari ni. Kos stadium tersebut menggunakan wang rakyat sebanyak RM270 juta.

Maju sukan untuk negara.

1 Juta Tonton Video Muzik Joyce Chu Malaysia Chabor


Siapa gadis cina yang comel ini? Namanya adalah Joyce Chu dan beliau masih berumur 17 tahun. Seperti mana-mana gadis generasi Y yang lain, beliau juga suka dan rajin berselfie kerana ingin popular dan dikenali ramai.



Tetapi apa yang istimewa dengan gadis cina bernama Joyce Chu ini? Video muzik kolaberasi beliau dengan Namewee sudah melangkau 1 juta tontonan pada 30/5/2014 ini.


Sila klik pada video Youtube di bawah untuk menonton muzik video Joyce Chu dengan tajuk Malaysia Chabor. Jangan risau, lirik lagu ada dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Selamat menonton.



Jika anda suka, boleh klik like pada video Youtube tersebut dan boleh kongsikan artikel ini dengan klik butang sosial di bawah.

Kalau anda nak tengok lebih banyak koleksi gambar Joyce Chu, boleh pergi ke:

http://instagram.com/thecloverjoys

Khamis, 29 Mei 2014

Modus Operandi Perogol Kanak-Kanak Terbaru






Ibu bapa diluar sana harus berhati-hati dengan taktik terbaru perogol kanak-kanak. 

Imej diatas dikongsikan di laman sosial dan menceritakan bagaimana sang perogol dapat menawan mangsa.

Air kotak akan disuntik dengan ubat pelali atau ubat khayal. Bahagian atas air kotak akan digam semula.

Modus Operandi Perogol

  1. Perogol akan berada disekitar kawasan sekolah atau taman permainan. 
  2. Perogol akan mensasarkan kanak-kanak yang bermain berseorangan, supaya tiada saksi
  3. Perogol akan menghampiri mangsa dan bertanya jalan atau persoalan lain
  4. Sebagai upah, air kotak akan diberi
  5. Perogol tunggu mangsa khayal dan bawa mangsa masuk kenderaan

Nasihatkan Anak Anda


Ini adalah tanggungjawab anda. Bukan guru. Nasihatkan selalu sebelum keluar rumah atau hantar ke sekolah.

Jangan lupa nasihatkan anak-anak, tidak kira lelaki atau perempuan supaya:
  • Jangan bermain sorang-sorang di taman permainan atau luar rumah.
  • Jika tertinggal bas, sila telefon ibu bapa segera. Minta bantuan pengawal sekolah.
  • Tidak bercakap dengan orang yang mereka tidak kenal.
  • Tidak mengambil makanan atau minuman daripada sesiapa pun.
  • Walaupun orang yang dikenali, bawa makanan atau minuman pulang ke rumah dahulu.
  • Jangan masuk dalam kenderaan orang yang tidak dikenali.
Pastikan anak-anak anda ingat pesanan ini dan hafal seperti ikrar. Jika dinasihat selalu, insyaAllah dia akan ingat bila tiba masa.

Tolong sebarkan artikel ini dengan klik butang sosial di bawah. Anda mungkin berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada menjadi mangsa rogol.

Selasa, 27 Mei 2014

Boikot Cokelat Cadbury



Susulan kes pengesahan KKM bahawa wujud DNA babi dalam cokelat Cadbury, kecoh jadi satu Malaysia. Di akhbar, facebook,  twitter, instagram, blog dan forum asyik memperkatakan kes Cadbury yang memberi umat Islam makan babi ini.

Hypermarket dan kedai-kedai semua sudah tarik balik cokelat ini daripada rak jualan. Mana yang tidak sempat, sudah pesan kepada pekerja supaya jangan jual cokelat Cadbury ini. Kalau jual juga mereka boleh kena tindakan denda RM100,000 oleh KPDNKK.

Saya sendiri menerima berapa banyak whatsapp dengan berbagai amaran dan meme. Ada yang baru balik daripada Langkawi borong cokelat Cadbury. Ada juga yang baru selesai shopping kerana baru masuk gaji, jadi baru beli stok Cadbury untuk bulan ini.

Mana yang dah terbeli tu kalau ada jiran bukan Islam dia boleh derma. Mana yang geram buang terus dalam tong sampah cokelat Cadbury. Geram!
Umat Islam di Malaysia geram dan marah dengan Cadbury. Sudah buat kesilapan taruk babi dalam cokelat samada sengaja atau tidak, kita pun tidak tahu.

Yang menjadi isu adalah kerana sampai hari ini syarikat kafir laknat ini masih berdegil dan tidak mahu mohon maaf dengan seluruh rakyat Malaysia.

Syarikat asing ini tidak sensitif langsung dan tidak mahu mengaku bersalah dan meminta maaf. Sepatutnya apabila masuk berniaga di tempat orang kenalah belajar cara tempat itu. Sini kat Malaysia yang kaya dengan adat ketimuran. Kalau dah salah dan silap, mohon maaf.

Kenapa susah sangat? Ada yang lapor bahawa Cadbury sedang main belakang nak tutup kes ini, kerana itu semua agensi kerajaan lembap bertindak.

Sebelum ini sudah ada ura-ura Cadbury mempunyai cable baik dalam KKM sampai dapat menyembunyikan laporan DNA babi ini selama 3 bulan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pun ada menyebut mengenai kes sembunyi laporan ini.

Kenapa masih hendak menegakkan benang yang basah?

Kalau bulan depan keluar berita KKM tarik balik laporan DNA babi dalam Cadbury pun, rakyat Malaysia rata-rata tidak akan terkejut. Wang boleh beli semua benda, tetapi di dunia ini sahaja anda terlepas. Nantikan azab yang perit dihari akhirat nanti.

Dosa bersubahat memberi makan babi kepada umat Islam di Malaysia ini. Bolehkah dan sempatkah anda memohon maaf kepada seluruh mereka yang terlibat? Mana yang sudah meninggal dunia tu, sudah pasti tidak sempat minta maaf.


Sudah ramai orang Islam yang makan atau tidak makan cokelat Cadbury ini menjerit "BOIKOT".

Selamat tinggal Cadbury.



Ahad, 25 Mei 2014

Cadbury Tidak Sensitif Isu Babi

cadbury babi haram boikot

Bagi mereka yang terlepas artikel lepas mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sudah mengesahkan kandungan cokelat Cadbury ada babi, boleh baca dahulu dan tengok bukti sampel laporan ujian serta pengumuman rasmi KKM.

Lebih mengeruhkan keadaan kerana syarikat luar ini tidak sensitif langsung dengan kesalahan besar yang telah mereka lakukan. Tidak percaya? Boleh baca notis terbaru Cadbury dilaman Facebook. Apa kata mereka?

Kami di Cadbury faham kekecewaan pelanggan yang mendengar berita mengenai produk kami.

Jadi syarikat kafir ini sangat kecewa kerana kantul buat salah. Kalau boleh mereka mahu isu ini menjadi rahsia.

Kami faham isu Halal amat penting untuk komuniti umat Islam. Ia juga amat penting kepada kami. Kami amat serius memastikan produk kami semua Halal.

Kalau betul-betul serius dan faham isu Halal, kenapa buat juga? Kenapa masukkan babi dalam cokelat?

Kami sudah tarik balik semua cokelat kami yang terlibat.

Tarik balik sahaja? Apa nak buat dengan kami semua yang dah makan produk haram anda ni?

Kami harap anda semua bersabar.

Sabar? Kami semua bukan sahaja sudah hilang sabar. Kami akan boikot produk anda sampai akhir zaman. Syarikat anda boleh join the Mcdonalds club.

Jadi kenapa ramai rakyat Malaysia kata syarikat kafir ini tidak sensitif langsung? Saya bukan kata umat Islam, malah orang bukan Islam pun kata Cadbury ini tidak sensitif langsung. Cadbury sekadar tarik balik cokelat daripada pasaran.



Cuba anda baca balik betul-betul. Kalau tidak percaya dengan kata saya, cuba minta kawan yang tahu bahasa Inggeris baca semula pengumuman Cadbury di Facebook.

Mana kenyataan minta maaf Cadbury?

Sombong betul Cadbury ni. Langsung tidak ada adab ketimuran.

Sudahlah beri umat Islam makan babi, tidak ada perasaan bersalah langsung. Kalau orang ada rasa sikit bersalah pun sudah pasti akan minta maaf. Ini tiada langsung minta maaf bagi mu.

Apa sebenarnya yang cuba diberitahu oleh Cadbury?

Benda ini isu remeh, kenapa nak kecoh-kecoh? Kami dah tarik balik produk, teruskan ajelah dengan kehidupan anda seperti biasa. Lama-lama anda akan lupa akan kes ini dan beli semula cokelat kami. Hahaha...

Dalam kata lain...

I don't give a fcuk!

Memang rakyat Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam sangat kecewa dan marah dengan tindakan syarikat kafir laknat ini.



Mari kita sebarkan agenda jahat syarikat Cadbury kepada seluruh pelusuk dunia. Sebar dan jalankan tanggungjawab anda sebagai orang Islam. Dapat pahala menyebarkan ilmu dan selamatkan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia.

Gelap hati umat Islam makan Cadbury dengan kandungan babi yang haram. Mungkin kerana ini juga muda mudi rakyat Malaysia generasi Y sekarang tidak ada perasaan malu, kurang ajar, keras hati, tidak mahu terima nasihat, tidak mahu solat, puasa dan mengingkari ibu bapa serta ajaran Islam. Seks bebas berleluasa... cukup sedih.

Sedih kerana ramai umat Islam yang sudah terpedaya dan makan cokelat haram ini. Malah lebih menyedihkan kerana kita beri anak-anak kita makan. Dah terpedaya dan makan benda haram ini bertahun-tahun lamanya.

Jadi sebarkanlah, bukan di Malaysia sahaja. Jika anda ada keluarga, saudara mara atau kawan di luar negara, sebarkan kes Cadbury dengan kandungan unsur babi ini. Biar satu dunia umat Islam boikot. Klik butang media sosial dibawah untuk kongsikan dan sebarkan.

Baru mereka akan terasa. Mcdonalds dah terasa bahang kena boikot dengan umat Islam.

Sabtu, 24 Mei 2014

Sah Cokelat Cadbury Ada Kandungan Babi

KKM sahkan dua sampel Cadbury Dairy Milk mengandungi unsur babi

24/05/2014 12:52pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.

Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA babi dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA babi iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dengan nombor kelompok 00813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA babi

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq - Bernama

Sumber: Kosmo

Ini adalah bukti yang diambil daripada laman KKM sendiri.


Oleh itu diharap para pembaca menyebarkan segera maklumat penting untuk saudara Islam kita di Malaysia dan dimana-mana.

Kemaskini terbaru: Cadbury masih tidak mohon maaf kepada umat Islam Malaysia.

Isnin, 12 Mei 2014

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Macam-macam bala dah kena dengan negara Malaysia kita ni. Mula-mula jerebu,  lepas tu kemarau panjang sampai empangan semua kering kontang. Penduduk lembah Klang sampai kena catuan air.

Sekarang ni hari-hari banjir kilat di Kuala Lumpur kerana hujan lebat tak ingat.

Tak percaya? Sila tengok gambar-gambar di bawah sebagai bukti bencana alam ini.



Air naik sehingga tenggelam habis jalan raya


Kalau tersilap langkah, kereta memang tersangkut dalam banjir kilat


Cuba kira berapa biji kereta yang tenggelam dalam banjir kilat. Tu belum kira yang tenggelam total loss dekat parking bawah tanah.


Bahaya sungguh waktu banjir ni. Kalau naik 4x4 pun kena berhati-hati kerana banyak sangat benda yang hanyut dan boleh merosakkan kereta anda.

Selain ancaman kereta tenggelam hapus dan hanyut dibawa arus air banjir, kejadian pokok tumbang juga banyak berlaku kerana angin ribut mengganas.

Kalau sayang dengan kereta simpan sahaja di rumah dan gunakan motosikal atau pengangkutan awam masa musim hujan ribut ni.

Tetapi harus ingat yang bas dan komuter memang akan sangkut punya. Gerenti anda balik rumah lewat jam 10pm atau 12pm baru sampai rumah.

Bagi mereka yang berdegil nak masuk Kuala Lumpur guna kereta sendiri, sendiri mau ingat. Kalau tidak ada insuran kereta, jangankan lautan banjir berani diduga.

Menangis kereta total loss sendiri menyesal.

Jumaat, 9 Mei 2014

KTM Intercity & ETS



Perkhidmatan Electric Train Service (ETS) adalah servis terbaru yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Sebagai memperkenalkan perkhidmatan premium ini, maka ETS akan memastikan anda selesa dan selamat didalam perjalanan ke destinasi pilihan anda dalam masa singkat yang mungkin.

Bermula 4 April 2014, tiket tren KTM Intercity dan ETS akan dibuka untuk tempahan dan pembelian 30 hari awal dari tarikh perjalanan. Tiket akan dibuka setiap hari pada jam 08:30 pagi.

Untuk membuat tempahan tiket secara atas talian sila pergi ke:
https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx 

Anda juga boleh beli tiket di kaunter tiket ETS di KL Sentral.



Setakat ini, perkhidmatarn tren antara bandar cuma sampai ke Ipoh sahaja. Tetapi pembukaan rail berkembar ke utara tanahair dijangka berlaku tidak lama lagi.

Ini bukti bergambar stesen tren KTM Intercity ETS sudah siap sedia dan kerja-kerja ujian landasan sudahpun dilakukan. Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.



Stesen keretapi Bagan Serai, Perak 




Stesen keretapi Butterworth, Pulau Pinang




Stesen keretapi Gurun, Kedah 



Stesen keretapi Anak Bukit, Kedah



Stesen keretapi Kodiang, Kedah


Stesen keretapi Bukit Ketri, Kangar, Perlis




 Stesen keretapi Arau, Perlis

Nampak gaya kita sudah boleh naik tren ETS sampai ke Utara tidak lama lagi. Apa-apa pun kita kena tunggu perasmiannya tidak lama lagi. Mungkin sebelum raya tahun ini?

Di harap kerajaan dapat mempercepatkan pembukaan perkhidmatan tren ETS ini memandangkan perkhidmatan bas yang kurang memuaskan ditambah dengan risiko kemalangan maut. 

Nabila Huda Seksi Lagi


Gambar terbaru Nabila Huda seksi dengan skirt pendek paras atas peha. 

Memang tidak dinafikan ini adalah uniform rasmi pemain tenis wanita profesional. Tetapi bagi orang melayu Islam, cukuplah sekadar mengenakan seluar trek supaya menutup aurat.

Walaupun tidak bertudung, janganlah sampai terbuka habis peha dan lutut nak ikutkan orang barat. Sedangkan nak ke kolam renang sekarang pun ada baju renang muslimah yang menutup aurat.  

Perubahan yang jauh sekali berbanding dahulu apabila sudah ke Mekah

Mari kita berdoa agar insan artis ini berubah semula seperti dahulu. Sejuk sedikit hati ayahnya.

Artis adalah ikon untuk muda mudi zaman sekarang, dan bukannya ahli agama atau ulamak. Moga boleh beri tauladan yang baik-baik belaka.

Saat Terakhir LCCT Sepang

Terima kasih LCCT atas segala servis terbaik selama ini. Jasamu akan dikenang selalu.

 

Pramugara dan pramugari serta krew bertugas bergambar kenangan.



Segala peristiwa pahit dan manis tidak akan dapat kita lupakan

Sayonara LCCT Sepang...

Mari kita buka lembaran baru di KLIA2

Rabu, 7 Mei 2014

Tasha Shilla Promosi Produk atau Dada


Kemaskini facebook terbaru Tasha Shilla dengan tujuan mempromosi pproduk tertentu mendapat kritikan hebat daripada para pengunjung, forumer dan juga bloggers.

Ini adalah kerana Tasha Shilla mengenakan t-shirt warna putih ketat sehingga menonjolkan bentuk buah dada dengan jelas. Nak promosi produk ke buah dada?

Imej seksi artis melayu Malaysia ini memang tidak lekang dengan kontroversi demi kontroversi. Selalunya berita panas yang keluar adalah kerana imej seksi Tasha Shilla yang dipandang kurang manis oleh rakyat Malaysia yang rata-rata beragama Islam.

Ini adalah gambar daripada sambutan hari jadi Tasha Shilla yang terbaru. Siapa kata tak seksi sila bangun...

Tasha Shilla memakai baju body-con dress

Artis panas ini gemar mengenakan baju jenis body hugging dresses atau body-con iaitu baju seksi sendat. Tidak dinafikan baju seksi yang mengiurkan ini pasti menyebabkan mana-mana lelaki yang memandang terpesona dan lupa diri.

Tetapi aset Tasha Shilla yang sentiasa hendak ditampilkan dalam sesi fotografi adalah buah dadanya yang mengancam. Pengikut fesyen sudah pasti tahu ini adalah hasil push up bra.



Hush, jangan beritahu orang... malu nanti.