Isnin, 12 Mei 2014

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Macam-macam bala dah kena dengan negara Malaysia kita ni. Mula-mula jerebu,  lepas tu kemarau panjang sampai empangan semua kering kontang. Penduduk lembah Klang sampai kena catuan air.

Sekarang ni hari-hari banjir kilat di Kuala Lumpur kerana hujan lebat tak ingat.

Tak percaya? Sila tengok gambar-gambar di bawah sebagai bukti bencana alam ini.



Air naik sehingga tenggelam habis jalan raya


Kalau tersilap langkah, kereta memang tersangkut dalam banjir kilat


Cuba kira berapa biji kereta yang tenggelam dalam banjir kilat. Tu belum kira yang tenggelam total loss dekat parking bawah tanah.


Bahaya sungguh waktu banjir ni. Kalau naik 4x4 pun kena berhati-hati kerana banyak sangat benda yang hanyut dan boleh merosakkan kereta anda.

Selain ancaman kereta tenggelam hapus dan hanyut dibawa arus air banjir, kejadian pokok tumbang juga banyak berlaku kerana angin ribut mengganas.

Kalau sayang dengan kereta simpan sahaja di rumah dan gunakan motosikal atau pengangkutan awam masa musim hujan ribut ni.

Tetapi harus ingat yang bas dan komuter memang akan sangkut punya. Gerenti anda balik rumah lewat jam 10pm atau 12pm baru sampai rumah.

Bagi mereka yang berdegil nak masuk Kuala Lumpur guna kereta sendiri, sendiri mau ingat. Kalau tidak ada insuran kereta, jangankan lautan banjir berani diduga.

Menangis kereta total loss sendiri menyesal.