Jumaat, 2 Mei 2014

KLIA2 Mula Operasi 2 Mei 2014

KLIA2 mula beroperasi awal pagi tadi dengan penerbangan pertama Malindo Air flight OD1027 daripada Kota Kinabalu mendarat dengan selamat pada jam 12.05am


Dengan ini skybridge baru KLIA2 telah digunakan dengan rasminya oleh penumpang bertuah Malindo Air flight OD1027.


Lapangan terbang LCCT yang baru ini diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakkan LCCT yang lama. Sudah tiba masanya Air Asia mendapat tempat di rakyat Malaysia.

Kesian selama ini Air Asia dianaktirikan oleh kerajaan Malaysia kerana golongan berkuasa tertentu yang memberi keutamaan kepada anak emas MAS. Lapangan terbang LCCT pun macam stesen bas Puduraya yang lama, operasi daripada gudang dan stor kontena lama.

Kini tidak lagi, tengok sahaja keindahan KLIA2, baru selesa nak naik kapal terbang.

Ruang moden yang besar dan selesa untuk menunggu


Jadual ketibaan di setiap pelusuk lapang terbang 


Kaunter autogate passport untuk mereka yang menggunakan passport chip baru


Pintu pelepasan antarabangsa KLIA2


 Skybridge KLIA2

Jadi tunggu apa lagi,  jom melancong ke luar negara dengan tiket tambang murah.