Rabu, 18 Disember 2013

Gambar & Video Puting Beliung Johor Bahru

Anda rasa anda selamat lagi di Malaysia? Pada petang tadi 18 Disember 2013 puting beliung dah  melanda Malaysia. Dekat mana anda tanya? Di Johor Bahru.... haaaa... ternganga?

Ramai yang berada di kawasan sekitar JB dapat menyaksikan fenomena alam yang  julung-julung kalinya berlaku dekat tanahair kita ini secara langsung. Sungguh menakutkan!

Nak tengok gambar-gambar yang sempat di rakam oleh seorang rakan blogger. Kalau ada gambar HQ lagi best kan tapi ini je yang ada buat masa ini. Mula-mula tu angin ribut kencang dan awan tebal gelap.


Siapa orang Johor tahu bangunan apa tu? Dah nak cecah dah atap bangunan. MasyaAllah.. masa mula-mula nak turun ni....



Kalau kita ada dalam bangunan tu mesti dah kelam kelibut lari turun bawah....




Ini gambar  dekat area bangunan atas tadi. Macam nak muncul tornado yang kedua je.

Memang menakutkan!


Ni kalau anda tengok betul-betul puting beliung tu dah tirus dan nak cecah bumi... semua lari!

Tapi nasib baik dah bergerak menuju ke laut. Ini dekat exit laluan link kedua ke Singapura. Terus skrol ke bawah ada video lagi dekat link kedua. Berani sungguh saudara ni mengejar puting beliung.... betul-betul macam tornado chaser kat Amerika.



Berani sungguh saudara kita ni ambil gambar dan video. Dah kira dekat sangat dah tu.... anda boleh dengar bunyi pusaran angin di belakang menandakan kuat sungguh angin pusaran tersebut.  Malaysia dah banyak sangat orang berdosa ni...dah jadi cam negara barat... tu Allah tunjukkan benda kecik ni... kalau masih tak bertaubat... tunggu yang besar lagi akan  datang!!!

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan serta kenalan dengan klik butang sosial di bawah setelah tengok video puting beliung ok. Ini dia video yang anda nantikan...


Rabu, 11 Disember 2013

Gambar Nikah Kahwin Rozita Che Wan

 

Rozita Che Wan selamat diijab kabulkan pada 11hb Disember 2013. Doakan kebahagiaan mereka ya.



Gambar masa majlis merisik hari tu.

Selasa, 10 Disember 2013

Sharnaaz Ahmad Dukung Nelydia Senrose, Qi Cemburu


 Ini dia gambar yang menjadi sebab Qi cemburu. Sharnaaz sendiri yang upload kepada twitter dia. Gambar tersebut ada tertera kapsyen seperti #jebatfoo #hannamastura #bukankeranaakutakcinta tak payah pening pening, dah depan mata :) @nelydiasenrose
Tindakan Sharnaaz itu telah menimbulkan rasa cemburu kekasih Nelydia iaitu pengacara popular Qi Razali tanpa menyedari maksud Sharnaaz itu merujuk pada drama terbaharu lakonan Sharnaaz bersama Nelydia yang berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Selepas itu Qi telah menulis di Twitter yang seolah-olah dituju kepada Sharnaaz dan Nelydia: “Good Luck to both of you dan menerima hakikat dengan reda”.

Boleh anda komen mengenai berita yang mengatakan anda kini sudah sombong selepas nama semakin popular?
Saya tidak salahkan mereka yang menulis. Sebab mungkin mereka tidak dapat hubungi saya. Terus terang, saya tidak pernah terdetik mahu buat hal. Sebabnya, dalam industri kita kena bekerjasama dan saya gembira sangat kalau dapat bekerjasama dan menjayakan sesi fotografi dengan media. Mungkin sekarang susah sikit sebab saya kena fokus penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Pihak produksi kena habiskan penggambaran kerana mengejar waktu tayangan. Saya minta maaf sangat-sangat bagi yang terasa.


Bagaimana pula dengan isu Qi tulis di Twitter yang seolah-olah merujuk kepada anda dan Sharnaaz?
Semuanya sudah selesai. Ia cuma salah faham sebab Qi tidak bertanya saya terlebih dulu. Dia terus memberi reaksi di Twitter. Tindakan Sharnaaz itu semuanya disebabkan drama terbaharu lakonan kami.

Kapsyen yang ditulispun merujuk pada dialog yang digunakan dalam drama tersebut.
Bagaimana pula pandangan anda terhadap reaksi Qi itu?
 Sejujurnya Qi seorang kekasih yang sangat terbuka. Dia sangat menyokong dan mahu saya buat yang terbaik dalam lakonan. Mungkin dia terkena tempias orang dan terus memberi reaksi.
Apakah pandangan anda mengenai tindakan Sharnaaz yang memuat naik gambar-gambar termasuk yang memaparkan Sharnaaz mendukung anda?
Sharnaaz sekadar ingin mempromosikan drama tersebut. Saya tidak salah dan marahkan Sharnaaz sebab dia menjalankan kerja yang betul.

Apakah nasihat Qi terhadap anda memandangkan dia orang lama dalam industri?
Dia sentiasa menasihati saya. Dia beritahu kena hormat orang dan sentiasa jaga hati orang. Dia tahu saya darah muda, jadi dia selalu minta saya bertolak ansur. Dia banyak meredakan saya.


Nama  Glamer: Nelydia Senrose
Nama sebenar: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Ketiga daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan pelajar
Kolej: Kolej SEGI (pengkhususan psikologi)

Drama: Spa Q, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Ahmad Durrah, Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung, Friday I’m In Love dan Setia Hujung Nyawa.

Jumaat, 6 Disember 2013

Semakan Senarai Nama PLKN / Penempatan Secara Online dan SMS Terkini



Semakan senarai nama peserta dan penempatan Program Latihan Khidmat Negara PLKN terkini yang terpilih secara Online dan SMS.

Semakan melalui SMS

       Taip: PLKN SEMAK  <No KP anda> Hantar ke 15888 
          *Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

Semakan penempatan melalui SMS

       Taip: PLKN KEM <No KP anda> Hantar ke 15888 
          *Setiap mesej yang dihantar akan boleh dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20


Kalau nak semak guna aplikasi online, boleh pergi ke http://apps1.khidmatnegara.gov.my dapat dijangka laman web ini sibuk dan lembap.

Rakyat Malaysia dipenjara hina bendera Indonesia


 

Wow! Hebat... rakyat Malaysia di penjara kerana membuat jenaka pasal bendera. Di harap kerajaan Indonesia lebih  peka dengan isu ini. Sebelum ini semasa demonstrasi di kedutaan Malaysia, kenapa sampai bendera Malaysia dibakar dan disapu najis?

Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas dia didapati bersalah menghina bendera Indonesia.
Panel hakim mendapati Broderick ’Achin’ Chin Teck Fui didapati bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.

Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post Jumaat lalu.

Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos lepas apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan kemudian Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baharu.

"Jika kamu tidak mempunyai bendera baharu, gunakan sahaja seluar dalam putih saya. Untuk merah, kamu boleh minta daripada isteri saya,” Achin dilaporkan memberitahu pekerjanya.
Kata-katanya itu yang bermaksud sebagai jenaka, dilaporkan kepada Majlis Kota Dumai dan didedahkan media.

Polis menahan Achin beberapa hari kemudian selepas mendapat tekanan awam dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar itu.

Banjir Makin Teruk di Malaysia

Banjir yang masuk hari keempat semalam menyaksikan musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan meningkat.
Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 2,078 manakala Terengganu 7,163.
Keadaan sebaliknya berlaku di Pahang, Johor dan Melaka apabila air di semua kawasan yang banjir mulai surut.

Mengikut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jajahan Kuala Krai mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir yang berpindah iaitu 753 orang di enam pusat pemindahan di Mengkebang dan Olak Jeram.

Di jajahan Machang, 242 orang dipindahkan di lima pusat pemindahan iaitu di Ulu Sat, Labok, Pulai Chondong dan Temangan sementara di Pasir Puteh, seramai 109 orang dipindahkan di tiga pusat iaitu di Limbongan, Gong Datok dan Bukit Awang.



Khamis, 5 Disember 2013

Perkhidmatan Poslaju Tergendala Akibat Banjir


Perkhidmatan ke kawasan yang terjejas akan disambung secepat mungkin sebaik keadaan mengizinkan.

Pantai Timur Malaysia Blackout

Memang gempar! Separuh semenanjung Malaysia bergelap kerana terputus tenaga elektrik. Tidak pernah berlaku kejadian yang merupakan tragedi untuk separuh rakyat Malaysia. Bagaimana nak menjalankan kehidupan harian, nak kerja dan berniaga?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak menghentikan bekalan elektrik di pantai Timur Semenanjung terutama Pahang berikutan 1,072 pencawang elektrik di ditenggelami air.

 
Sebanyak 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik.
Ia sekali gus menjejaskan 62,907 pengguna sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Menurut kenyataan TNB di sini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman ditutup bagi tujuan keselamatan setakat pukul 12 tengah hari semalam.

Selain itu, katanya, 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.


Info Banjir Malaysia

Berikut addalah info grafik banjir yang melanda Malaysia.Empat  buah negeri terlibatiaitu  Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Sila semak jalan-jalan raya yang terlibat kerana jalan tersebut di tutup buat sementara waktu. Sila pastikan anda menggunakan jalan alternatif.


Erma Fatima Bayar Hutang Guna Duit Syiling



Faham-faham aje lah kalau terima duit hutang orang bayar duit 5 sen. Kira ok lah tu, kalau dapat duit 1 sen kan lagi naya.

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23, menerima sejumlah 224,000 keping duit syiling 5 sen yang nilai kesemuanya berjumlah RM11,200 kiriman pengarah popular Erma Fatima sebagai bayaran saman yang dimenangi pelakon itu ke atas syarikat miliknya, Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.
Selain ratusan ribu keping syiling 5 sen yang setiap paket plastik berjumlah RM150, pelakon tersebut turut menerima senaskhah al-Quran yang dikirim pengarah filem itu pada petang kelmarin.

BEBERAPA bulan lalu, dunia hiburan tempatan menjadi kecoh dengan pertelingkahan antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan pengarah serta penerbit terkenal, Erma Fatima.
Perasaan tidak puas hati Rabecca terhadap Erma telah dibawa ke muka pengadilan sekitar Julai lalu.
Pelakon tersebut telah menyaman produksi milik Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. Rabecca mendakwa, syarikat berkenaan gagal melangsaikan baki bayaran lakonannya untuk drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 peratus

Setelah dibicarakan, mahkamah memberi keputusan bahawa Rabecca menang dan Erma perlu membayar saman sebanyak RM11,200 iaitu baki bayaran serta kos guaman.
Selepas diperintah membayar saman tersebut, awal minggu ini Erma telah membayar jumlah saman tersebut menggunakan syiling 5 sen. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo!, Erma enggan memberi komen lanjut tentang isu berkenaan.

Yang comfirm pasni jangan harap lah si Rebecca nak kerja berlakon lagi kat Malaysia ni. Kalau bukan kerana kes ni, mungkin ada harapan. Siapa berani ambik dia berlakon agi. Produser semua sure takut kena saman beb.

Malaysia Banjir Lagi




Malaysia dilanda gejalabanjir lagi akhir tahun ni. Dah memang tiap kali musim tengkujuh negeri-negeri di pantai timur pasti tenggelam kerana monsun timur laut. Tetapi pada tahun 2013 ni pelik sikit, tiga lagi negeri turut dilanda banjir. Negeri-negeri tersebut termasuk Johor, Pahang dan yang terbaru Melaka. Bukan banjir kecik-kecik beb, banjir besar dan teruk  hingga pencawang TNB tenggelam. Kesian bila musim banjir ni.

Berikut adalah beberapa petikan daripada laman web berita:

Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak semalam.

Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini  Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.

Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.

Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.

Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.

Di KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang.

Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu 2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di daerah itu.

Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini.

"Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata jurucakap itu.

Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan KuantanGambang, Km16 Jalan PekanNenasi, Km9 Jalan PekanNenasi dan Km64 Jalan MaranJerantut.

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.

Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini.

Rabu, 4 Disember 2013

Koleksi Gambar Lana Nordin Seksi

Ramai juga rakyat Malaysia mencari gambar-gambar seksi Lana Nordin. Kalau nak tengok gambar-gambar seksi ni, sila skrol ke bawah...

 
Lana Nordin memang suka pakai baju ketat dan seksi


Dahlah baju ketat, jarang pulak tu....

Lana Nordin memang wanita melayu paling seksi kat Malaysia

Memang confirm ramai orang Malaysia mencari gambar seksi Lana Nordin, anda adalah salah satu daripada mereka bukan?

Paul Walker Mati Kemalangan



Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup



Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina

Seorang lagi seniman muda Hollywood yang mati sebelum masa.