Khamis, 5 Disember 2013

Pantai Timur Malaysia Blackout

Memang gempar! Separuh semenanjung Malaysia bergelap kerana terputus tenaga elektrik. Tidak pernah berlaku kejadian yang merupakan tragedi untuk separuh rakyat Malaysia. Bagaimana nak menjalankan kehidupan harian, nak kerja dan berniaga?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak menghentikan bekalan elektrik di pantai Timur Semenanjung terutama Pahang berikutan 1,072 pencawang elektrik di ditenggelami air.

 
Sebanyak 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik.
Ia sekali gus menjejaskan 62,907 pengguna sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Menurut kenyataan TNB di sini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman ditutup bagi tujuan keselamatan setakat pukul 12 tengah hari semalam.

Selain itu, katanya, 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.