Selasa, 10 Disember 2013

Sharnaaz Ahmad Dukung Nelydia Senrose, Qi Cemburu


 Ini dia gambar yang menjadi sebab Qi cemburu. Sharnaaz sendiri yang upload kepada twitter dia. Gambar tersebut ada tertera kapsyen seperti #jebatfoo #hannamastura #bukankeranaakutakcinta tak payah pening pening, dah depan mata :) @nelydiasenrose
Tindakan Sharnaaz itu telah menimbulkan rasa cemburu kekasih Nelydia iaitu pengacara popular Qi Razali tanpa menyedari maksud Sharnaaz itu merujuk pada drama terbaharu lakonan Sharnaaz bersama Nelydia yang berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Selepas itu Qi telah menulis di Twitter yang seolah-olah dituju kepada Sharnaaz dan Nelydia: “Good Luck to both of you dan menerima hakikat dengan reda”.

Boleh anda komen mengenai berita yang mengatakan anda kini sudah sombong selepas nama semakin popular?
Saya tidak salahkan mereka yang menulis. Sebab mungkin mereka tidak dapat hubungi saya. Terus terang, saya tidak pernah terdetik mahu buat hal. Sebabnya, dalam industri kita kena bekerjasama dan saya gembira sangat kalau dapat bekerjasama dan menjayakan sesi fotografi dengan media. Mungkin sekarang susah sikit sebab saya kena fokus penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Pihak produksi kena habiskan penggambaran kerana mengejar waktu tayangan. Saya minta maaf sangat-sangat bagi yang terasa.


Bagaimana pula dengan isu Qi tulis di Twitter yang seolah-olah merujuk kepada anda dan Sharnaaz?
Semuanya sudah selesai. Ia cuma salah faham sebab Qi tidak bertanya saya terlebih dulu. Dia terus memberi reaksi di Twitter. Tindakan Sharnaaz itu semuanya disebabkan drama terbaharu lakonan kami.

Kapsyen yang ditulispun merujuk pada dialog yang digunakan dalam drama tersebut.
Bagaimana pula pandangan anda terhadap reaksi Qi itu?
 Sejujurnya Qi seorang kekasih yang sangat terbuka. Dia sangat menyokong dan mahu saya buat yang terbaik dalam lakonan. Mungkin dia terkena tempias orang dan terus memberi reaksi.
Apakah pandangan anda mengenai tindakan Sharnaaz yang memuat naik gambar-gambar termasuk yang memaparkan Sharnaaz mendukung anda?
Sharnaaz sekadar ingin mempromosikan drama tersebut. Saya tidak salah dan marahkan Sharnaaz sebab dia menjalankan kerja yang betul.

Apakah nasihat Qi terhadap anda memandangkan dia orang lama dalam industri?
Dia sentiasa menasihati saya. Dia beritahu kena hormat orang dan sentiasa jaga hati orang. Dia tahu saya darah muda, jadi dia selalu minta saya bertolak ansur. Dia banyak meredakan saya.


Nama  Glamer: Nelydia Senrose
Nama sebenar: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Ketiga daripada tujuh beradik
Kerjaya: Pelakon dan pelajar
Kolej: Kolej SEGI (pengkhususan psikologi)

Drama: Spa Q, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Ahmad Durrah, Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung, Friday I’m In Love dan Setia Hujung Nyawa.