Khamis, 5 Disember 2013

Erma Fatima Bayar Hutang Guna Duit Syiling



Faham-faham aje lah kalau terima duit hutang orang bayar duit 5 sen. Kira ok lah tu, kalau dapat duit 1 sen kan lagi naya.

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23, menerima sejumlah 224,000 keping duit syiling 5 sen yang nilai kesemuanya berjumlah RM11,200 kiriman pengarah popular Erma Fatima sebagai bayaran saman yang dimenangi pelakon itu ke atas syarikat miliknya, Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.
Selain ratusan ribu keping syiling 5 sen yang setiap paket plastik berjumlah RM150, pelakon tersebut turut menerima senaskhah al-Quran yang dikirim pengarah filem itu pada petang kelmarin.

BEBERAPA bulan lalu, dunia hiburan tempatan menjadi kecoh dengan pertelingkahan antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan pengarah serta penerbit terkenal, Erma Fatima.
Perasaan tidak puas hati Rabecca terhadap Erma telah dibawa ke muka pengadilan sekitar Julai lalu.
Pelakon tersebut telah menyaman produksi milik Erma iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. Rabecca mendakwa, syarikat berkenaan gagal melangsaikan baki bayaran lakonannya untuk drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 40 peratus

Setelah dibicarakan, mahkamah memberi keputusan bahawa Rabecca menang dan Erma perlu membayar saman sebanyak RM11,200 iaitu baki bayaran serta kos guaman.
Selepas diperintah membayar saman tersebut, awal minggu ini Erma telah membayar jumlah saman tersebut menggunakan syiling 5 sen. Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo!, Erma enggan memberi komen lanjut tentang isu berkenaan.

Yang comfirm pasni jangan harap lah si Rebecca nak kerja berlakon lagi kat Malaysia ni. Kalau bukan kerana kes ni, mungkin ada harapan. Siapa berani ambik dia berlakon agi. Produser semua sure takut kena saman beb.