Rabu, 18 Disember 2013

Gambar & Video Puting Beliung Johor Bahru

Anda rasa anda selamat lagi di Malaysia? Pada petang tadi 18 Disember 2013 puting beliung dah  melanda Malaysia. Dekat mana anda tanya? Di Johor Bahru.... haaaa... ternganga?

Ramai yang berada di kawasan sekitar JB dapat menyaksikan fenomena alam yang  julung-julung kalinya berlaku dekat tanahair kita ini secara langsung. Sungguh menakutkan!

Nak tengok gambar-gambar yang sempat di rakam oleh seorang rakan blogger. Kalau ada gambar HQ lagi best kan tapi ini je yang ada buat masa ini. Mula-mula tu angin ribut kencang dan awan tebal gelap.


Siapa orang Johor tahu bangunan apa tu? Dah nak cecah dah atap bangunan. MasyaAllah.. masa mula-mula nak turun ni....



Kalau kita ada dalam bangunan tu mesti dah kelam kelibut lari turun bawah....




Ini gambar  dekat area bangunan atas tadi. Macam nak muncul tornado yang kedua je.

Memang menakutkan!


Ni kalau anda tengok betul-betul puting beliung tu dah tirus dan nak cecah bumi... semua lari!

Tapi nasib baik dah bergerak menuju ke laut. Ini dekat exit laluan link kedua ke Singapura. Terus skrol ke bawah ada video lagi dekat link kedua. Berani sungguh saudara ni mengejar puting beliung.... betul-betul macam tornado chaser kat Amerika.



Berani sungguh saudara kita ni ambil gambar dan video. Dah kira dekat sangat dah tu.... anda boleh dengar bunyi pusaran angin di belakang menandakan kuat sungguh angin pusaran tersebut.  Malaysia dah banyak sangat orang berdosa ni...dah jadi cam negara barat... tu Allah tunjukkan benda kecik ni... kalau masih tak bertaubat... tunggu yang besar lagi akan  datang!!!

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan serta kenalan dengan klik butang sosial di bawah setelah tengok video puting beliung ok. Ini dia video yang anda nantikan...