Jumaat, 6 Disember 2013

Banjir Makin Teruk di Malaysia

Banjir yang masuk hari keempat semalam menyaksikan musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan meningkat.
Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 2,078 manakala Terengganu 7,163.
Keadaan sebaliknya berlaku di Pahang, Johor dan Melaka apabila air di semua kawasan yang banjir mulai surut.

Mengikut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jajahan Kuala Krai mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir yang berpindah iaitu 753 orang di enam pusat pemindahan di Mengkebang dan Olak Jeram.

Di jajahan Machang, 242 orang dipindahkan di lima pusat pemindahan iaitu di Ulu Sat, Labok, Pulai Chondong dan Temangan sementara di Pasir Puteh, seramai 109 orang dipindahkan di tiga pusat iaitu di Limbongan, Gong Datok dan Bukit Awang.