Ahad, 27 Julai 2014

Esok Raya Ke? Bila Hari Raya Aidilfitri 2014?


Seperti setiap tahun, umat Islam akan tunggu didepan tv untuk mengetahui bilakah sambutan Hari Raya Aidilfitri secara rasmi dan sah. Kita semua menunggu walaupun kita sudah agak bila raya secara kiraan falak.

Yang resah gelisah menunggu biasaanya kaum ibu yang  hendak memasak juadah pagi raya. Nak masak rendang dan ketupat.

Dengan ini sudah sah esok Isnin adalah 1 Syawal 1435 Hijrah. Puasa pada tahun ini cuma 29 hari sahaja.


Sebaik sahaja pengumuman rasmi oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Yang Berbahagia Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad, kedengaran letupan merium buluh sebanyak 10 das berturut-turut.

Ia disambut juga dengan letupan mercun roket dan bunga api.

Kami di Trending Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri mulia dan Maaf zahir dan batin.


Jumaat, 25 Julai 2014

Mencari Koleksi Lagu Raya Aidilfitri


Mencari koleksi lagu raya? Mesti bila masuk musim raya, lagi-lagi di hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini kita mencari lagu raya. 

Bila dah dengar koleksi lagu raya, baru mood nakraya itu datang. Nak buat persediaan dan persiapan raya pun bertambah semangat.

Bagi mereka yang tinggal di perantauan dan tidak dapat beli tiket balik kampung, bolehlah layan lagu raya. Kalau menitis air mata, jangan salahkan kami.

Apa dia lagu-lagu raya yang biasa diputarkan DJ radio:

P Ramlee - Dendang Perantau
Saloma - Selamat Hari Raya
Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Saloma - Aidilfitri Hari Mulia
Halil Chik & Trio Manja - Lenggang Mak Limah
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sanisah Huri - Aidilfitri
Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
Aishah - Lenggang Mak Limah
Aishah - Pulanglah
Aishah - Senandung Lebaran
Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
Aishah - Zapin Aidilfitri
Amy Mastura - Setahun Sekali
Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
Fazley - Seribu Kemaafan
Force Vomit - Selera Raya
Hattan - Selamat Datang Sayang
Ideal Sisters - Hari Raya Hari Bahagia
Ideal Sisters - Salam Lebaran
In Team & UNIC - Zapin Hari Raya
Jay Jay - Gurindam Di Pagi Syawal
Jay Jay - Hari Raya Bahagia
M Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Raihan & Nowseeheart - Hari Raya Untuk Semua
Siti Nordiana & Syura - Hari Ini Hari Raya
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya
Sudirman - Selamat Hari Raya
Ukays - Bermaafan Di Hari Raya
Ziana Zain - Indah Di Hari Raya
Dikir Temasek - Di Pinggiran Aidilfitri

Jom layan...




Jom tengok pula koleksi iklan raya terbaru:

Raja Muda Selangor Tukar Agama Kristian Adalah Berita Palsu


Gempar! Satu laman web berita worldnewsdailyreport.com melaporkan bahawa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shahsudah bertukar agama Kristian dan melepaskan kesemua gelaran dan harta warisan.


Berita palsu ini sudah mula disebarkan di media sosial dan kami berharap agar mereka yang menerima khabar berita ini tidak percaya akan kes ini dan berhenti daripada menyebarkan mesej memfitnah ini.

Sekali lagi diulang, berita palsu ini berniat jahat dan memfitnah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Laman web tersebut melaporkan putera mahkota negeri Selangor di Malaysia, telah melepaskan kesemua harta benda beliau dan peluang untuk mewarisi takhta Selangor untuk berkahwin dengan model Sepanyol Cristina Gomez yang berumur 16 tahun.

Bukan sahaja itu, berita palsu ini juga menggunakan gambar Tengku Amir Shah dalam laporannya. 

Kenapa harus menyebarkan berita jahat seperti ini di bulan suci Ramadhan, lagi-lagi masa umat Islam negara hendak menyambut Aidilfitri. 

Kita tunggu NGO Islam atau mana-mana pihak yang berkaitan buat laporan polis bagi menyiasat kes ini.

Iklan Raya Proton 2014 Proton Sepanjang Zaman


Mencari iklan raya Proton 2014 terbaru? Ini dia iklan raya Proton dengan tajuk Proton Sepanjang Zaman. Konsep lagu latar iklan Proton ini membawa rentak-rentak dendang lagu tahun 1980an, 1990an dan tahun 2000.

Lagu daripada iklan raya tahun 1980an  "Dari EON Untuk Semua" diberi nafas baru "Dari Proton Untuk Semua".


Pada tahun 1985 kereta Proton pertama iaitu Proton Saga dikeluarkan. Kita boleh nampak di kotak tv lama dendangan lagu iklan raya Proton yang lama. Lagu latar dibawakan oleh Jamal Abdillah dan Raja Ema.


Pada tahun1991 pula Satri GTi dikeluarkan. Lagu latar nafas baru 90an dibawakan oleh Yusry KRU.


 Pada tahun 2013 pula Proton Suprima S dikeluarkan. Lagu latar tahun 2000 dibawakan oleh Black Mentor.


Akhir sekali pada malam raya, ditunjukkan kesemua koleksi kereta Proton dalam suasana malam raya di kampung.

Sekarang dipersembahkan iklan raya Proton yang pendek tapi sudah cukup bermakna ini:



Jom tengok lagi koleksi iklan raya terbaru:

Khamis, 24 Julai 2014

Rusuhan Kaum Di Ipoh Perak Adalah Berita Palsu


PENAFIAN KEJADIAN PERGADUHAN ANTARA KAUM DI BUNTONG, IPOH

Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian pergaduhan antara kaum yang dikatakan berlaku di Buntong, Ipoh. Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku.

Keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar Ipoh.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.

Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Senior DCP Dato` Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani
Ketua Polis Perak
IBU PEJABAT KONTINJEN PERAK-23 JULAI 2014


Rabu, 23 Julai 2014

Rebat Tol Lebuhraya Hari Raya Aidilfitri 2014


Rebat tol ini bertujuan mengurangkan pengguna lebuhraya pada waktu kemuncak semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25,26 dan 27 Julai serta 1,2 dan 3 Ogos setiap hari pada musim perayaan akan datang.

Jumlah berkenaan adalah peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Rebat tol ini diberikan kepada kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

Rebat tol itu sebagai langkah mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai untuk bergerak pada hari bukan puncak.

Selasa, 22 Julai 2014

Nak Balik Kampung Aidilfitri Ini?


Nak balik kampung? Banyak persiapan yang perlu dibuat. Selain enjin kereta perlu diservis dan tayar kenderaan diperiksa, pemandu perlu bersiap sedia dengan keadaan laluan yang dipilih jika tidak mahu terperangkap dalam jem yang teruk.

Nanti bayar duit tol hanya untuk duduk dalam jem.

Setiap tahun pengguna lebuhraya yang nak balik kampung guna laluan PLUS Utara Selatan perlu merancang perjalanan mereka.

Sila rujuk jadual di bawah:


Walaubagaimanapun, kesemua kenderaan berat tidak boleh menggunakan lebuhraya atau jalan raya, dengan beberapa pengecualian.

LARANGAN PENGGUNAAN  KENDERAAN BERAT DI JALAN RAYA PADA
26 &27 JULAI DAN 2 & 3 OGOS 2014

Kategori 1 Sekatan penuh (TOTAL BAN)

1.1 Lori Low loader, lori balak, lori pembancuh simen (Concrete Mixer Truck), lori jongket (tipper) dan lori yang membawa bahan binaan seperti simen, besi, keluli, batu, pasir dan tanah.
1.2 Lori pembawa kenderaan motor (car carrier) BDM melebihi 5000kg.
1.3 Lori membawa bahan galian seperti amang, bijih timah dan arang batu.
1.4 Jentera berat beroda, traktor dan truk tunda kecuali bagi maksud tugas menyelamat atau tugas kecemasan.


Kategori 2 Dibenarkan beroperasi daripada jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

2.1 Lori kontena/kargo membawa barang-barang elektronik/elektrik.


Kategori 3 Dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang – Jarak perjalanan tidak melebihi 25 km dari tapak pembinaan di sekitar kawasan Lembah Klang, Bandaraya Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh sahaja (tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu).

3.1 Kren bergerak (mobile cranes).


Kategori 4 Tidak dikenakan sekatan.

4.1 Lori gas dan kimia untuk bekalan perubatan dan industri kimia.
4.2 Lori kontena / kargo membawa barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri atau sebaliknya.
4.3 Lori kargo membawa barang keperluan harian (makanan dan minuman dari kilang, buah-buahan, sayuran), bahan-bahan mentah (kelapa sawit, produk kelapa sawit, getah skrap dan susu getah), barang runcit, surat khabar, ternakan, kotak kosong atau lori kosong dalam perjalanan pulang.
4.4 Lori mengangkut sampah dan bahan kumbahan (sewerage) dan sisa pepejal industri.
4.5 Kenderaan barangan / lori d’controlled BDM 5,000 kg dan ke bawah.
4.6 Lori kontena / kargo yang berulang-alik di antara terminal di pelabuhan dalam negeri itu.
4.7 Lori kontena / kargo yang berulang-alik dari pelabuhan ke gudang dan di sekitar kawasan perindustrian yang berhampiran dengan pelabuhan.
4.8 Lori tanker pengangkut bahan bakar (petroleum / diesel, gas dan LPG).
4.9 Lori dan jentera berat yang terlibat dalam kerja-kerja kecemasan dan menyelamat (rescue operation).
4.10 Lori perkhidmatan pos / courier service.


Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) Sudah Buka


Ini adalah susulan kepada artikel Lebuhraya Pantai Timur 2 Masih Belum Siap bebrapa hari dahulu. Macam tau-tau sahaja kena sindir, dengan secara mengejut LPT2 dirasmikan dan dibuka kepada umum semalam pada 21 Julai 2014.



Penantian bertahun-tahun orang pantai timur sudah ada kesudahan. Kesabaran yang tinggi membuahkan hasil juga akhirnya.

Sebelum ini banyak khabar berita yang mengatakan LPT2 ini hanya akan siap pada hujung tahun. Ada juga khabar mengatakan paling awal adalah pada bulan September.


Tetapi kontraktor yang terlibat bekerja keras untuk menyiapkan projek sebelum cuti perayaan yang terbesar di Malaysia, cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. 

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan projek ini. Syabas!

Biarlah lambat, asal selamat. Biarlah lambat, asal siap.

Jom balik kampung guna highway LPT2 yang baru siap.

Isnin, 21 Julai 2014

Trend Bertatu Artis Dengan Bahasa Arab


Trend bertatu terbaru artis barat dan negara jiran. Bertatu dengan tulisan bahasa arab.


Selena Gomez guna tatu bermaksud “Love Yourself First” atau "Cintai Diri Sendiri Dahulu".


Jupe atau Julia Perez daripada Indonesia memakai tatu "Mari Menuju Kejayaan".

 

Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.

Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.


Jom tengok apa kata Ustaz azhar Idrus pula.



Trending Malaysia berharap golongan muda mudi melayu beragama Islam tidak akan mengikut budaya kuning terbaru ini, iaitu bertatu badan dengan tulisan bahasa arab.

Sudah cukup dengan kes wanita bukan Islam mempersenda dan menghina agama dengan memakai baju  dengan tulisan ayan suci Al-Quran.

Terima kasih kerana membaca dan sila kongsikan dengan menekan butang  sosial di bawah.




Iklan Raya Ambank 2014 Raya Bergaya


Mencari iklan raya AMBANK? Ini dia iklan raya AMBANK tahun 2014 yang terbaru.

Iklan raya ini dalam bentuk muzik video lagu moden. Lagunya dalam bahasa Inggeris, agak catchy dan sangat sesuai untuk golongan generasi Y.





Nak tengok iklan raya yang lain?


Iklan Raya RTM 2014 Ini Baru Raya


Mencari iklan raya RTM tahun 2014? Ini dia iklan hari raya RTM untuk tahun ini.

Panjang iklan raya ini adalah 4 minit dan 40 saat.




Alamak! Nampak gaya RTM sudah privatekan video HD iklan raya... jadi boleh tengok versi kualiti kurang dahulu.



Nak tengok iklan raya yang lain?

Iklan Raya Telekom 2014 Adik


Mencari iklan TM raya yang terbaru untuk tahun ini? Tajuk iklan raya TM ini adalah adik dan agak lucu.

Iklan Telekom Malaysia ini panjangnya dekat 4 minit.




Jom tengok iklan raya lain:

    Iklan Raya TNB 2014 Sentiasa Bersamamu


    Iklan Hari Raya TNB kali ini memberi penghargaan kepada kakitangan yang bertugas pada musim perayaan ini. Ini adalah untuk memastikan perayaan anda berjalan dengan lancar.

    Iklan TNB Versi Original




    Iklan TNB Versi Pop





    Iklan TNB Versi Joget





    Jom tengok iklan raya lain:

    Berwaspada Apabila Beli Bahan Buat Kuih Raya


    Awas jika anda beli dan guna bahan kek dan pastri meragukan! Jangan beli bahan kek dan pastri yang guna logo halal tanpa sijil halal yang sah! 

    Minggu lepas sudah tiga lokasi premis diserbu serentak oleh pasukan penguatkuasa JAKIM dan KPDNKK dalam 'Ops Gelatin' dan kesemua produk salah guna logo halal telah disita.



    Kira-kira 300 produk dan bahan membuat kuih yang dibekalkan oleh tiga syarikat ke seluruh negara dirampas kerana didapati menggunakan logo halal palsu serta mempamerkannya tanpa perakuan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Satu daripada syarikat yang diserbu itu beroperasi lebih 10 tahun, turut menjual dan memasarkan produk keluarannya di dua pasar raya terkenal di negara ini.







    Semua produk berkenaan yang digunakan untuk membuat pastri, biskut dan kek dirampas menerusi Ops Gelatin dilakukan 15 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur serta JAKIM.




    Tiga pembekal itu adalah sebuah syarikat pembungkusan dan dua pasar raya di tiga lokasi berasingan iaitu di Taman Bukit Indah, Jalan Klang Lama; Taman Midah, Cheras serta Semenyih.




    Antara bahan buat kek dan biskut serta kuih raya yang dirampas. Kesemua bahan ini akan dihantar untuk ujian DNA.



    Yang menjadi persoalannya sekarang ini, bagaimana pula dengan status halal biskut dan kuih raya yang dijual dipasaran? Jika pembuat biskut raya ini menggunakan bahan-bahan yang dikhuatiri status halalnya.

    Kita semua tahu bahawa kebanyakkan penjual biskut dan kuih raya ini bukannya kilang besar dan tidak ada sijil halal JAKIM yang sah.

    Oleh itu, diharap pihak berkuasa yang terlibat dapat menjalankan Ops Gelatin ini pada setiap tahun mulai sekarang. Paling sesuai dibuat sebulan sebelum masuk bulan Ramadhan. Kenapa? Kerana pada masa itulah pembuat kek dan biskut raya memborong bahan untuk bisnes mereka.

    Sumber: Berita Harian, JAKIM

    Fesyen Baru Baju Raya Untuk Aidilfitri Tahun 2014


    Sudah beli baju raya? Ini sudah masuk minggu terakhir Ramadhan, tetapi ramai orang masih belum beli baju raya. Mana yang sudah tempah baju raya, dalam minggu ini patut siap baju raya tu. Kalau tukang jahit beri seribu satu macam alasan, mungkin sudah tiba masanya anda kena keluar cari baju raya backup, lagi-lagi jikalau baju melayu tahun lepas rosak, koyak, hilang atau tidak muat lagi.

    Penduduk kota pasti akan tunggu malam terakhir sebelum beli baju raya di Jalan Tunku Abdul Rahman. Masa itu harga memang murah tak ingat. Selepas jam 12 malam, penjual semua akan tolak pada harga kos.

    Bagi mereka yang suka berfesyen dan soal duit tidak menjadi halangan. Jom tengok fesyen baju raya baru untuk sambutan Aidilfitri tahun 2014 ini.


    Baju melayu Aaron Aziz. Tolonglah beli baju melayu Aaron Aziz yang original. Kenapa perlu beli yang tiruan atau ciplak. Nak beli? Boleh tuju kedai Jackel terdekat. Kalau beli baju melayu Aaron Aziz, kena beli sekali sampin kain songket baru nampak segak.



    Satu lagi fesyen baju melayu yang naik tahun ini adalah baju melayu kain pelikat. Fesyen baju melayu kain pelikat ini datang daripada Bandung, Indonesia. Kalau bosan pakai baju melayu kosong, boleh pilih baju melayu kain pelikat mengikut warna dan corak pilihan. Nak cari baju melayu kain pelikat yang sedondon untuk keluarga pun ada dijual.


    Bagaimana pula dengan tudung raya? Nasihatlah isteri-isteri anda untuk beli tudung muslimah sebenar. Kalau isteri buka aurat, anda sebagai suami yang tanggung dosa. Kenapa perlu nak bermegah dengan orang yang isteri anda cantik tetapi tidak menutup aurat. Sekarang ni pun sudah ramai artis yang sudah berubah arah dan membuat pilihan mengenakan baju muslimah yang lengkap.

    Tudung Siti Nurhaliza oleh butik Arianni nampak menarik dan pastinya menutup aurat.

    Bukan  sahaja menutup aurat, malah tudung ini nampak lebih elegan. Warnanya harmoni dan nampak moden.

    Tudung bertingkat dan warna-warni seperti lolipop dan pelangi adalah fesyen tahun lepas rasanya.

    Hukum Pakai Baju Raya


    Apa hukum pakai baju raya baru?

    Sunat, dapat pahala tu. Kalau tidak mahu bogel di padang mahsyar, boleh sedekahkan baju baru kepada golongan miskin hari raya ini.

    Jom tonton video Ustaz Azhar Idrus berikut untuk penjelasan lanjut.





    Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.


    Ahad, 20 Julai 2014

    Iklan Raya Aidilfitri Petronas 2014 Ke Pangkuan Bonda



    Mencari iklan raya Petronas tahun 2014? Memang inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam setiap tahun. Walaupun tiada sentuhan Yasmin Ahmad, tetapi iklan hari raya tahun ini memberi kepada kita gambaran berhari raya di kampung.

    Iklan Raya 2014

    Semangat berhari raya dahulu cukup berbeza dengan berhari raya zaman sekarang, lagi-lagi di kota. Generasi Y dan Z lebih pentingkan duit raya dan tengok wayang pada pagi raya. Pakai baju melayu lengkap, tetapi beratur depan panggung beli tiket wayang. Lepas tu ambil gambar selfie dan update  di media sosial.

    Semoga dengan menonton iklan Petronas ini, dapat menunjukkan dan menyedarkan mereka betapa semangat berhari raya yang sudah hilang.


    Siapa biasa duduk kampung tahu, nak makan ayam? Kena tangkap sendiri ayam. Aktiviti ini seronok, lagi-lagi jika ada kanak-kanak yang turut serta. Lagi pun ayam kampung lagi sedap dan sihat. Kalau hari-hari beli ayam di pasar, tetapi untuk hari raya yang istimewa, ayam kampung yang menjadi pilihan untuk lauk pagi raya.


    Keluarga dan sanak saudara bergotong royong menganyam ketupat dan menyediakan lemang. Kalau raya takde ketupat dan lemang, rasa macam bukan beraya di Malaysia. Tak mainlah ketupat dan lemang segera. Itu semua nasi impit sebenarnya. Lainlah kalau beraya di perantauan, luar negeri.


    Beli lemang tepi jalan pun bukan lemang yang betul. Biasa pulut tu dah masak dahulu, lepas tu penjual masukkan dalam buluh dan nyalakan api, buat unjuk-tunjuk masak. Dekat kampung kita bakar lemang waktu malam raya macam ni. Baru best! Bau lemang tu pun dah menusuk  jiwa. Makan kosong pun sedap!


    Selain masak rendang ayam atau daging lembu, penduduk kampung juga masak dodol dan wajik. Tak lengkap pagi raya kalau tak makan dodol rasanya.


    Kanak-kanak pula bermain bunga api setelah masuk hari tujuh leko. Pelita dinyalakan keliling rumah. Biasanya ada orang dewasa yang tengok-tengokkan. Bukan dibiarkan budak bawah umur main bunga api. Nanti budak--budak tu bukan main bunga api, tetapi curi-curi main mercun pula. Mercun bukan sahaja haram, tetapi main mercun bola atau mercun buatan sendiri boleh menyebabkan anak hilang jari atau cacat tangan dan buta kekal, muka jadi macam si bongkok, cacat seumur hidup.


    Pada malam raya, waktu si ibu sedang kelam kabut dengan persiapan raya, mesti ada anak-anak yang gi curi-curi pakai baju raya. Mana yang pakai baju melayu habis berlubang kena percikan bunga api. Esok pagi solat raya dengan baju berlubang-lubang di lengan. Yang perempuan dah siap pakai kasut raya masa tidur waktu malam. Tak sabar nak beraya.


    Bila waktu pagi, sebelum ke masjid atau setelah pulang dari masjid, anak-anak bermaaf-maafan dengan ibu bapa. Minta semua dosa kesalahan dalam tahun lepas dimaafkan.Yang muda minta maaf dengan yang tua. Yang adik dengan abang dan kaka. Yang isteri dengan suami. Lepas tu baru boleh makan juadah raya dan kuih raya.


    Bila semua keluarga dah berkumpul, ia adalah saat yang paling sesuai untuk bergambar kenangan. Entah bila pula dapat berjumpa. Zaman sekarang dengan media sosial, setiap hari dapat berhubung. Jadi mungkin kurang dah nak bergambar kenangan berramai-ramai. Ramai lagi gemar ambil gambar raya selfie, sorang-sorang. Best ke?


    Mesej yang cuba disampaikan oleh iklan raya Petronas ini jelas. Jika kita semaikan nilai-nilai murni ini kepada anak-anak kita, adat dan adab ketimuran itu akan kekal. Jangan sampai generasi akan datang sudah lupa adat resam kita. Bila hilang adat, apa lagi yang tinggal untuk kita.

    Rasa sudah cukup dengan celoteh saya ini, anda boleh saksikan sendiri iklan raya Petronas 2014 di bawah.



    Walaupun tiada gimik, kejutan atau elemen kesedihan yang dibawa oleh pengarah untuk iklan raya kali ini, tetapi iklan ini sudah kira bagus. Aidilfitri bukan bermaksud kesedihan, tetapi ia adalah satu hari gembira untuk semua umat Islam.

    Kita harus terharu dengan hasil kerja pengarah ini. Beliau cuba mengingatkan kita semua, supaya kita mengingatkan anak-anak, jangan jadi bangsa yang lupa asal usul dan adat.

    Terima kasih kerana membaca dan jemput datang lagi.

    Jom tengok iklan raya lain:

    Sabtu, 19 Julai 2014

    LPT Fasa 2 Masih Belum Siap Aidilfitri 2014


    Minggu depan sudah nak raya! Yeah! Semua melompat gembira. Tetapi tidak untuk mereka yang terpaksa balik beraya ke pantai timur.

    Balik beraya ke Kelantan dan Terengganu masih seperti tahun 80an lagi. Bahaya, sesak dan pening kepala.

    Bahaya kerana pemandu perlu bersabung nyawa sendiri dan keluarga memotong kenderaan berat seperti lori minyak dan lori balak.

    Sesak kerana kesemua penduduk kota sedang berpusu-pusu balik kampung pada masa yang sama.

    Pening kepala memikirkan perjalanan yang perlu ditempuhi adalah dua hala. Pergi sekali dah kena, nanti bila balik semula ke kota pun kes yang sama juga. Tiada jalan untuk lari.

    Sekarang sudah tahun 2014.

    Apa status Lebuhraya Pantai Timur?



    Ini bukan sekadar meme yang sengaja dibuat Trending Malaysia. Ini adalah mesej ralat yang kami terima apabila membuka laman web LPT. Aduhai!

    Bukan sahaja lebuhraya belum siap, malah laman web pun belum siap atau hilang, tiada, tidak wujud dimuka bumi ini lagi. Apa kes?

    Sedangkan rakyat di Vietnam dan Myanmar pun sudah dapat balik kampung dengan menggunakan lebuhraya yang selesa. Rakyat Malaysia di pantai timur bila lagi?

    Berita separuh baik, fasa pertama LPT sudah siap. Fasa pertama LPT adalah daripada Karak ke Jabor.


    Bila siap? Sudah lama, tak silap kami sudah 3 tahun lebih siap. Bukan sahaja siap, tetapi sudah pun meragut banyak nyawa.


    Jadi penduduk kota yang hendak balik beraya ke Kuantan tiada masalah. Senang, selesa dan cepat. Bayar tol dan boleh bawa kereta dengan lancar dan bukan duduk dalam jem macam di lebuhraya PLUS Utara Selatan.

    Pengguna bayar duit tol hanya untuk duduk bersesak dalam jem.

    Jadi bila LPT nak siap?


    Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada akhir 2014 - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah

    Kesemua 16 pakej fasa dua Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun 2014 -  Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof

    Di harap kesemua orang Kelantan dan Terengganu boleh bersabar.

    Kemaskini  Terbaru

    Berita baik! LPT 2 sudah siap & buka untuk Aidilfitri.

    Wanita Pakai Baju Bercetak Ayat Suci Al-Quran


    Siapakah wanita ini? Dia kelihatan membeli-belah di Pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang, Selangor.



    Biasalah membeli-belah, apa salahnya? Kesalahan yang nyata adalah beliau memakai baju kelawar atau baju kaftan dengan cetakan ayat-ayat suci Al-Quran.

    Jika Malaysia benar-benar adalah sebuah negara Islam, wanita ini akan ditangkap dan didakwa kerana menghina agama Islam.


    Tetapi kerana Malaysia adalah sebuah negara sekular, dia mungkin akan dilepaskan JAKIM sekepas siasatan dan memohon maaf. 

    Semua demi menjaga keharmonian sosial negara 1Malaysia.



    Ada pendapat orang mengatakan bahawa wanita yang agak berumur ini adalah seorang pelancong daripada luar negara.

    Tidak kira siapa pun wanita ini, orang Islam atau bukan Islam, kita berhak menegurnya kerana perbuatannya itu salah.

    Syukur ada seorang hamba Allah yang berani menegur makcik ini.

    Diharap insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi dimasa akan datang.

    Persoalannya sekarang, dimanakah makcik ini membeli baju ini?