Ahad, 6 Julai 2014

Berita Palsu Penyakit HIV/AIDS Sudah Ada Ubat Dengan Paten 5676977


Pernahkah anda terima mesej ini di media sosial? Kalau nak tahu, sekarang ini mesej mengenai paten 5676977 sedang trending di Malaysia dan dunia.

Apa mesej dia? Mungkin anda terima dalam bentuk berita atau meme bergambar seperti berikut...


Geng Trending Malaysia memang cukup suka kalau orang ramai beri khabar angin viral tanpa sumber berita. Jadi kami siasat.

Apa dia 5676977? Ia sebenarnya adalah paten untuk ubat penyakit AIDS!

Carian mendapati paten 56776977 sudah lama didaftarkan di USA pada tahun 1996, iaitu dalam 18 tahun yang lepas.


Paten ini menjelaskan rawatan AIDS dengan menggunakan alat tetrasilver tetroxide molecular crystal.



Fakta Paten 5676977:

1. Ia adalah paten untuk alat yang dalam bentuk teori boleh menyembuhkan virus AIDS.

2. Dalam usaha untuk mendapatkan paten anda hanya perlu mempunyai teori atau idea. Ia tidak perlu dibuktikan dalam bentuk ujian sains atau demonstrasi.

 
3. Jika anda baca teori bagaimana alat ini berfungsi dalam paten mereka, pesakit cuma bertindak balas terhadap rawatan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh HIV/AIDS dan bukan HIV/AIDS itu sendiri.


Kami bukanlah pakar perubatan. Tetapi fikirkan secara logik, kenapa syarikat ini tidak boleh mendapatan dana untuk membina prototaip alat ini dan buktikan teori paten 5676977 selama 18 tahun. 

Agak mustahil jika teorinya benar-benar kukuh, tiada pelabur yang ingin menjadi kaya dengan mencipta alat yang dapat menyembuhkan penyakit HIV/AIDS ini.

Jadi kenapa pula tiba-tiba paten 5676977 menjadi trending di media sosial? Ini adalah kerana terdapat beberapa laman teori konspirai baru-baru ini menyebarkan maklumat dan video bahawa rawatan HIV/AIDS ini benar-benar wujud dan terdapat satu konspirasi negara-negara maju hendak membuat kawalan populasi penduduk dunia.


Teori konspirasi ini selari dengan perlembagaan Georgia Guidestones iaitu mengawal populasi penduduk dunia supaya tidak melebih 500 juta atau 5 billion.

Ada juga teori konspirasi bahawa kuasa-kuasa besar dunia yang mengawal industri perubatan tidak mahu penyakit HIV/AIDS ini ada ubat untuk menyembuhkan penyakit HIV/AIDS.

Kenapa? Kerana kos rawatan penyakit HIV/AIDS adalah lebih lumayan daripada kos perubatan. Jadi kononnya mereka mahu orang ramai terus sakit sehingga mati tanpa ubat. Kos rawatan pesakit  semasa menunggu ajal kononnya lebih lumayan kerana ia adalah lubuk duit jangka panjang untuk hospital. Wallahualam.

Jadi jika anda terima berita palsu ini, sila rujuk mereka kepada laman web Trending Malaysia atau boleh terus kongsikan artikel ini dengan menggunakan butang sosial di bawah.

Sekian terima kasih.