Sabtu, 19 Julai 2014

LPT Fasa 2 Masih Belum Siap Aidilfitri 2014


Minggu depan sudah nak raya! Yeah! Semua melompat gembira. Tetapi tidak untuk mereka yang terpaksa balik beraya ke pantai timur.

Balik beraya ke Kelantan dan Terengganu masih seperti tahun 80an lagi. Bahaya, sesak dan pening kepala.

Bahaya kerana pemandu perlu bersabung nyawa sendiri dan keluarga memotong kenderaan berat seperti lori minyak dan lori balak.

Sesak kerana kesemua penduduk kota sedang berpusu-pusu balik kampung pada masa yang sama.

Pening kepala memikirkan perjalanan yang perlu ditempuhi adalah dua hala. Pergi sekali dah kena, nanti bila balik semula ke kota pun kes yang sama juga. Tiada jalan untuk lari.

Sekarang sudah tahun 2014.

Apa status Lebuhraya Pantai Timur?



Ini bukan sekadar meme yang sengaja dibuat Trending Malaysia. Ini adalah mesej ralat yang kami terima apabila membuka laman web LPT. Aduhai!

Bukan sahaja lebuhraya belum siap, malah laman web pun belum siap atau hilang, tiada, tidak wujud dimuka bumi ini lagi. Apa kes?

Sedangkan rakyat di Vietnam dan Myanmar pun sudah dapat balik kampung dengan menggunakan lebuhraya yang selesa. Rakyat Malaysia di pantai timur bila lagi?

Berita separuh baik, fasa pertama LPT sudah siap. Fasa pertama LPT adalah daripada Karak ke Jabor.


Bila siap? Sudah lama, tak silap kami sudah 3 tahun lebih siap. Bukan sahaja siap, tetapi sudah pun meragut banyak nyawa.


Jadi penduduk kota yang hendak balik beraya ke Kuantan tiada masalah. Senang, selesa dan cepat. Bayar tol dan boleh bawa kereta dengan lancar dan bukan duduk dalam jem macam di lebuhraya PLUS Utara Selatan.

Pengguna bayar duit tol hanya untuk duduk bersesak dalam jem.

Jadi bila LPT nak siap?


Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada akhir 2014 - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah

Kesemua 16 pakej fasa dua Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun 2014 -  Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof

Di harap kesemua orang Kelantan dan Terengganu boleh bersabar.

Kemaskini  Terbaru

Berita baik! LPT 2 sudah siap & buka untuk Aidilfitri.