Rabu, 9 Julai 2014

Brazil Kalah Dengan Cukup Memalukan



Aksi pasukan Brazil cukup menghampakan dan memalukan peminat bola sepak seluruh dunia pada separuh masa pertama.

Sesiapa yang berjaga atau bangun jam 4 pagi tadi untuk menyaksikan satu perlawanan yang hebat akan berasa cukup kecewa juga. Sia-sia sahaja bangun tonton Brazil lawan Jerman.

Ketiadaan kapten pasukan dan pemain emas Neymar telah menghilangkan peluang mereka 100% untuk terus mara ke pusingan akhir.

Brazil dikalahkan, dibelasah dan disembelih oleh Jerman dalam separuh masa pertama.

Jerman 5 - Brazil 0

Kita boleh nampak permainan tidak seimbang langsung.

Peminat pasukan Brazil menangis disana sini. Pada satu ketika kamera fokus kepada seorang kanak-kanak yang hadir untuk melihat perlawanan pasukan negaranya. Cukup menyayat hati


Apa nak jadi pada separuh masa kedua? Samba sudah jadi sambal belacan.


Akhirnya satu mata untuk Brazil. Ada orang kata gol kesian.



Ada boleh jadi rusuhan besar di Brazil selepas perlawanan ini. 200 juta rakyat dia yang terkejut buat masa ini mungkin mengamuk.