Selasa, 17 Jun 2014

Rakyat Perlu Bertenang Dan Bayar GST


Rakyat di negara ini dinasihati untuk bertenang dan tidak perlu bimbang dengan perlaksanaan sistem percukaian GST yang bakal dikenakan oleh kerajaan menjelang awal tahun hadapan.

Kerajaan faham bahawa sebahagian besar hasil pendapatan rakyat digunakan untuk membeli makanan, produk perikanan, produk makanan yang datang dari haiwan kebanyakannya zero rated, jadi tidak perlu takut.

Menurut Kementerian Kewangan, setakat ini, sebanyak 689 harga barang telah ditetapkan, manakala harga bagi 255 barangan belum diselaraskan.

Daripada jumlah itu, 10 peratus barangan akan mengalami kenaikan harga seperti makanan yang telah diproses, 48 peratus tidak akan berubah harganya (perkhidmatan hotel dan makanan segera) serta 42 peratus akan mengalami penurunan harga (pakaian dan perabot).

Sumber: Sinar Harian