Jumaat, 13 Jun 2014

Layanan Buruk Tesco London Kepada Gelandangan


Anda pemilik kad diskaun Tesco? Selalu membeli-belah di Tesco? Ini kisah benar yang baru berlaku di Tesco London UK.



Tesco London memasang cerucuk besi tajam keliling premis kedainya.Dah macam jerangkap samar pun ada.



Sungguh tajam dan kuat cerucuk besi ini. Kalau pasang di Malaysia pun, geng pencuri besi tidak dapat cungkil cabut keluar nak jual.
 


Kenapa Tesco buat begitu? Kerana Tesco tidak suka golongan orang "homeless" atau gelandangan yang tidur dikawasan premis mereka.
 


Perbuatan ini mengundang kemarahan komuniti atau penduduk setempat. Ini bukan cara kita sebagai golongan yang berada di atas melayan orang di bawah. 

Mana tanggungjawab sosial dan kesedaran sivik Tesco. Sudah kaut beratus juta setahun pun masih nak melayan orang susah begitu ke?

Memang golongan gelandangan ini menyakitkan mata memandang. Tetapi Tesco seharusnya bekerja dengan pusat khidmat sosial setempat untuk menolong mereka yang tidak bernasib baik ini.

Mereka juga mungkin pelanggan anda pada suatu ketika dahulu. Cuba salurkan sedikit bantuan kewangan kepada pusat komuniti bagi membina "shelter"atau hostel dengan membeli katil dan sebagainya.

Tindakan melayan manusia seperti binatang ini sangat menghinakan. Kita berharap budaya kuning  begini tidak berjangkit ke Tesco Malaysia.

Kang rakyat Malaysia boikot Tesco dan mula beralih shopping di Mydin Mall baru tahu langit tinggi rendah.