Isnin, 23 Jun 2014

Sejak Bila Cokelat Arak Jack Daniel Jadi Halal?


Kemelut isu halal dan haram cokelat Cadbury belum reda dan dilupakan, sekarang sudah muncul kes cokelat dengan arak yang dipamerkan dengan sengaja atau tidak, sebaris dalam rak yang sama dengan cokelat lain. 

Pihak pengurusan pasaraya di Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan jenis produk yang dijual. Kita tinggal di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Agama rasmi negara ini juga adalah Islam, walaupun ramai yang mengatakan Malaysia ini negara sekular.

Oleh itu, tindakkan menyusun cokelat dengan kandungan arak whiskey Jack Daniel sekali dengan cokelat-cokelat lain adalah tidak wajar sama sekali dan dikecam oleh masyarakat Islam. Gambar di bawah adalah butki yang dimuat naik oleh seorang hamba Allah yang risau dengan perkembangan terbaru ini.
 


Ini pula komen beliau mengenai gambar tersebut...

Saya telah terjumpa cokelat beralkohol berjenama arak telah dijual di rak cokleat yg lain2. Kanak2 pun boleh beli dengan mudah langsung takde pengawalan yg ada cuma stiker yg bertulis produk alkohol.Perkara ini dijumpai di Pasaraya Cold Storage Jaya Seksyen 14 Petaling jaya.

Setahu saya, ini adalah pasaraya yang tertua di Malaysia. Sepatutnya pihak pengurusannya lebih peka akan isu halal dan haram kerana sudah  lama  bertapak di Malaysia. Bagi mereka yang bukan Islam di Malaysia mungkin tidak faham isu ini,  tetapi isu makanan halal dan kosher juga amat sensitif di negara barat seperti Amerika.

Sepatutnya cokelat yang mengandungi bahan haram seperti babi dan alkohol (arak) diasingkan dalam ruangan khas makanan haram seperti di pasaraya Tesco, Giant dan Jusco.

Sebelum ini Trending  Malaysia juga ada memerhatikan beberapa pasaraya runcit yang meletakkan minuman beralkohol sebaris dalam rak yang sama dengan minuman air buah-buahan dan air soda lain. Tindakkan ini amat keterlaluan.

Sampai bila umat Islam perlu bersabar dengan isu halal dan haram ini. Jangan sampai seluruh rakyat bangun memberontak sudah.

Harap pihak berwajib dapat membuat pemantauan berkala di pasaraya besar dan kecil. Jangan nak tunggu menteri turun padang dan rakyat buat aduan baru nak keluar pejabat buat kerja. Tolonglah fikirkan nasib umat Islam di negara ini.

Terima kasih.