Jumaat, 13 Jun 2014

Bukti Pemilik Tudung Fareeda Kena Sumpah Peminat Jadi Pengemis


Akhirnya gimik marketing kempen tudung Fareeda membawa padah. Modus operandi selama ini dengan mengeluarkan tudung edisi terhad sampai ejen terpaksa beratur panjang bukan sahaja tidak menjadi, malah membawa masalah kepada jenama tudung Fareeda.

Skandal negatif yang tercalit sebelum ini:
  • Suami kepada pemilik tudung Fareeda menyibuk dalam perihal bisnes isteri.
  • Tudung Fareeda dihentam kerana menyaman semua penjual lain yang meniru rekaan tudungnya.
  • Sekali lagi kena kritik kerana menjual tudung yang terlampau mahal.
  • Kena kutuk dengan orang ramai kerana menjual tudung fesyen, tetapi tidak menutup aurat.
  • Respon kepada tuduhan tudung mahal yang tidak profesional, "Jika tidak mampu menabung, jangan nak berfesyen".
  • Ejen dan peminat tudung Fareeda jadi orang gelandangan tidur di kaki lima.



Kalau sebelum ini, mungkin yang menghentam tudung Fareeda adalah mereka yang memang bukan peminat atau pengguna jenama ini. Pemilik boleh tuduh yang segala "bad press" di media sosial adalah angkara pesaing yang tidak puas hati dengan kejayaannya, atau mereka yang disaman.

Kali ini, ejen-ejen tudung Fareeda sendiri yang kecewa, "bad mood" dan marah. Yang menambahkan lagi sakit pada luka sedia ada adalah ejen ini hendak boikot dan beli barang tiruan @ ciplak di pasaran.

Tetapi Trending Malaysia merasakan menyumpah pemilik serta keturunan jadi pengemis dan tidur di kaki lima adalah tidak patut. Walaupun marah, itu bukan cara atau adab orang kita. Mungkin tuan punya badan fikir dengan membuat kenyataan sensasi begini baru mesejnya akan menjadi viral.

Ia memang ternyata berjaya.