Selasa, 24 Jun 2014

Berita Palsu Kes Pembunuhan 3 Gadis di Presint 15 Putrajaya


Satu lagi kes sebaran berita palsu di media sosial. Sebelum ia terus menjadi viral, pihak polis meminta anda tidak terus menyebarkan berita ini. Sila padam dan beritahu mereka status sebenar berita 3 orang gadis dibunuh di Presint 15 Taman Rimba, Putrajaya.



Ini dia memo rasmi pihak polis mengenai kes ini...

Penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya berlaku pembunuhan terhadap tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan yang dibuat
menunjukkan tiada sebarang maklumat dan laporan polis diterima setakat ini.

Walau bagaimanapun, orang ramai khususnya mereka yang keluar bersendirian dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.

Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN.


Oleh itu tolong sebarkan kepada mereka yang tinggal di Putrajaya agar penduduk tidak cemas dan panik.

Terima kasih.