Jumaat, 20 Jun 2014

Kopi Starbucks Masih Halal


Lagi berita palsu yang cuba disebarkan melalui media sosial. Kenapa banyak sangat kes-kes baru yang muncul sekarang ni. Macam cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Tetapi kes ini bukanlah kes baru. Ia mula disebarkan pada tahun 2011 lagi. Sila lihat contoh mesej berikut.


Mesej ini disebarkan semasa hangat isu anti Israel dahulu. Jadi semua prodok dan  syarikat yang menyokong pergerakan Zionis adalah di boikot. Bagi memudahkan aktiviti boikot ini seorang hamba Allah telah menyebarkan berita palsu kopi Starbucks tidak halal.

Bukan sahaja tidak halal, malah beliau menuduh kopi Starbucks menggunakan arak. Untuk lebih meyakinkan orang ramai, penyebar fitnah ini menokok tambah kononya maklumat ini sudah disahkan Jakim dan yang menyebarkan maklumat adalah seorang doktor.

Sesiapa yang terus menerus menyebarkan berita palsu ini akan mendapat saham dosa fitnah kerana bersubahat. Dibawah ini adalah notis penafian Starbucks di facebook pada tahun 2011.



Malah nombor telefon Jakim dalam mesej palsu itu tidak benar. Jika anda masih was-was atau ragu-ragu, senang sahaja. Boleh terus buat panggilan telefon atau semak laman direktori Halal Malaysia.

Talian utama yang boleh dihubungi di Bahagian Hab Halal adalah seperti berikut:

Talian Hotline

Umum (Pengurusan) : 03 8892 5000

Aduan Halal (CPP) : 03 8892 5051

Masa operasi : 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.

Direktori Halal 

Boleh pergi ke http://www.halal.gov.my


Sila klik pada gambar skrin dibawah untuk zoom besar.


Ini dia bukti senarai nama premis Starbucks yang masih halal
 



 Ini pula senarai menu kopi Starbucks yang masih halal

Untuk makluman anda semua, geng Trending  Malaysia hanya membuat khidmat masyarakat. Kami sama sekali tidak dibayar oleh Starbucks untuk memberi maklumat ini. Kami juga tidak minum kopi Starbucks. Malah kami boikot.

Tetapi jika anda suka dan mampu untuk mengunjungi Starbucks, terpulanglah. Itu hak anda.

Yang penting maklumat betul sudah disampaikan.

Terima kasih.