Sabtu, 14 Jun 2014

Jersi Bola Sepak World Cup Tiruan

Demam bola sepak sudah melanda Malaysia. Rata-rata kita akan nampak muda mudi dan juga orang tua memakai "jersey" atau jersi bola sepak. Sudah tentu jersi yang dikenakan melambang pasukan pilihan hati mereka.

Bagi kanak-kanak pula, terpaksalah pakai jersi bola sepak pasukan pilihan bapanya walaupun ia tidak faham apa itu World Cup atau bola sepak.

Peminat fanatik bola sepak dan kaki judi pasti lebam bawah kelopak mata kerana berjaga malam dan menjadi zombie waktu siang. Waktu tonton bola sepak secara langsung mesti wajib pakai jersi pasukan pilihan, kalau tak nanti "jinx" pasukan kalah.

Tetapi jika betul kita ini adalah peminat pasukan negara tersebut, kenapa perlu beli jersi tiruan? Perlu ke beli? Wajib ke beli? Kalau barang itu barang tiruan atau ciplak. Lebih baik tidak pakai kerana buat malu pasukan pilihan sahaja. Mana sokongan sejati anda?



Baru bulan lepas kementerian yang terlibat sudah merampas ribuan jersi tiruan di satu gudang haram di Kuala Lumpur. Semua jersi bola ini datang daripada negara Cina dan dicetak tanpa lesen yang sah serta dibawa seludup masuk ke negara kita tanpa membayar cukai kastam.



Selalunya kita akan nampak jersi haram ini dijual di pasar malam dan uptown. Berlonggok stok yang disimpan dalam van atau boot kereta.


Tetapi jersi tiruan ini juga boleh dibeli di kedai online samada blogshop ataupun kedai facebook dengan harga RM45 sehingga RM60 sehelai.

Harga jersi tiruan akan menjadi murah jika pasukan bola sepak terkeluar senarai. Harga jersi pasukan yang mara ke final akan menjadi mahal dan melambung harganya, walaupun ia hanya sekadar jersi tiruan.


Tetapi manusia tetap akan beli, tidak kira jersi asli atau jersi tiruan. Walaupun mereka tidak suka bola sepak, beli tetap beli. Kenapa ya?

Mungkin kerana tidak mahu ketinggalan "bandwagon" keseronokan demam bola. Musim bola sepak ini menjadi satu aktiviti sosial untuk kawan-kawan berkumpul.

Ada juga syarikat yang akan membenarkan pekerja memakai jersi bola sepak semasa di pejabat seperti Air Asia.

Mana yang betul kaki bola, mesti berjaga malam. Mana yang pakai jersi bola sepak tetapi muka segar waktu pagi di pejabat, kantul kerana lakonan anda untuk bodek boss tidak berjaya.

Jom layan muzik video BOLA oleh Joe Flizzow.