Isnin, 2 Jun 2014

Pencuri Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi


Satu kes kecurian telah berlaku di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, Selangor pada 23 Mei 2014, Jumaat lepas jam 3:07am. Video rakaman CCTV kejadian dimuat naik ke laman facebook.

Masjid A-Hasanah ini yang mana satu? Masjid bumbung hijau di Bandar Baru Bangi seksyen 9 berdepan dengan Hospital Zaharah.


Waktu pagi-pagi buta ini semua orang tengah tidur nyenyak. Mana yang bangun pun untuk mengerjakan solat malam bagi membersihkan jiwa dan mengerjakan amal bekal bawa ke akhirat. Bak kata lagu P Ramlee..
Pukul tiga pagi tidurlah intan
Besok bangun lagi senda gurauan
Tidak pula kes dengan empat ekor penyamun...
hoi hoi ho ya hoi
mari kita semua gembira, hoi hoi ho ya
pulang dapat harta
uang berjuta intan permata
Boleh tengok gambar penyamun-penyamun masjid yang terang-terang adalah anak melayu beragama Islam. Umur dalam lingkungan belasan tahun tetapi sudah pandai buat kerja jahat lagi terkeji. Ambil wang ihsan derma untuk membina masjid baru, tabung wakaf Masjid Al-Umm. Ini baru orang kata meruntuhkan masjid.

Kelibat 4 pencuri masjid sedang sibuk "kerja"

Muka salah seorang penyamun yang memakai baju T dengan logo Superman


Kerana dah perasan ada CCTV, beliau terus tutup muka ala ninja. Tetapi bukan ninja berani.Ninja penakut.Takut kerana salah.

Ini dia video CCTV akhir 23 saat menunjukkan pencuri 4 ekor ini telah perasan kehadiran CCTV dan cuba menutup muka mereka semasa melarkan diri setelah mendapat habuan kerja malam duit tabung masjid.

 


Jika anda kenal dengan pencuri atau ada maklumat mengenai kes ini, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan masjid atau terus ke balai polis berdekatan.

Terima kasih.