Ahad, 15 Jun 2014

Kanak-kanak Sangkut Dalam Mesin Basuh


Perasaan ingin tahu yang kuat pada kanak-kanak adalah amat tinggi sekali. Kreativiti, inovasi dan semangat eksplorasi kanak-kanak zaman sekarang cukup tinggi. Mungkin akibat minum susu tinggi DHA, seperti yang diiklankan di kaca TV.


  

Tetapi ibu bapa pula yang susah hati apabila anak-anak mereka ini terlampau ligat. Sekejap terlepas pandang sudah jadi angkasawan. Kapal angkasa pula adalah mesin basuh di rumah.
 


Nak salahkan ibu bapa pun susah juga. Takkan pintu mesin basuh hendak dikunci. Nasib baik ada abang-abang Bomba yang boleh diharap untuk menolong. Telefon sahaja 999 bila ada masalah.

Syabas Jabatan Bomba Malaysia. Tugas bukan sekadar memadam api, malah pakar mesin basuh dah macam mekanik mesin basuh, boleh keluarkan budak yang dah tersangkut dalam mesin pengering mesin basuh.

Syabas sekali lagi. Jasamu dikenang.