Selasa, 17 Jun 2014

Kilang Bihun Cap Masjid Terbakar


Baru sahaja lepas insiden kena serbu dengan pihak berkuasa kerana menggunakan logo halal tidak sah, sekarang tetiba kilang terbakar.

Sumber maklumat dan gambar diambil daripada facebook Daily Traffic Report.


Lagi gambar di bawah. Boleh klik untuk besarkan gambar.


Api marak malam semalam.




Tapak kilang yang hangus dilihat pada waktu pagi ini

Rata-rata komen pelawat dengan spekulasi sama kenapa kilang bihun cap masjid ini terbakar. Ia ada kaitan dengan tuntutan insuran.


Betulkah ini kes "arson"? Biarlah pihak berkuasa menyiasat dan menjalankan tugas mereka.

Kemaskini Terbaru

Kilang bihun yang pernah diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan sebelum ini musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, awal pagi ini

Dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, empat lagi kilang yang terletak berhampiran turut musnah dalam insiden terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 dan mengerahkan dua jentera dan 15 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya bomba dilokasi kejadian 15 minit kemudian, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit.

Sumber: Harian Metro