Jumaat, 20 Jun 2014

Berita Palsu Van Putih Curi Organ Kanak-Kanak


PDRM meminta orang ramai jangan terus menyebarkan berita palsu mengenai satu van warna putih dengan nombor plet negara Thailand yang berkeliaran di kawasan lembah Klang mencari mangsa.

Kononnya van ini menculik kanak-kanak dan mencuri organ dalaman mereka untuk dijual ke  pasaran gelap.

Berikut adalah antara salah satu versi mesej yang disebarkan melalui media sosial.


Ini pula penafian rasmi PDRM mengenai isu ini.


Oleh itu orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan berita palsu ini. Jangan sesekali cuba mencipta dan memulakan berita palsu. Nasib anda mungkin jadi seperti seorang pemuda berumur 23 tahun yang ditahan kerana menyebarkan maklumat palsu.


Gelap masa depan jika anda sudah ada rekod jenayah. Nak kerja pun susah. Bukan sahaja kerja dengan kerajaan tetapi kerja di syarikat swasta pun susah. Fikir dalam-dalam dahulu sebelum anda tekan hantar. Seronok itu hanya sekejap, tetapi anda kena tanggung seumur hidup.

Menyebarkan maklumat palsu mengenai jenayah ini sama berat seperti membuat panggilan palsu 999. Anda sudah membebankan dan menggunakan sumber PDRM bagi memulakan siasatan baru, walhal banyak lagi kes yang betul-betul penting dan lagi memerlukan fokus PDRM.

Sekali lagi fikir dahulu sebelum buat.

Terima kasih.