Khamis, 26 Jun 2014

Cerucuk Besi Projek MRT Hempap Kereta



Lagi satu kes kemalangan akibat projek MRT di ibu negara berlaku pagi tadi masa orang ramai bergegas ke tempat kerja.



Cerucuk besi projek MRT jatuh menghempap kereta pada hari ini 26/6/2014 jam 9:15am di Jalan Lapangan Terbang Subang dekat Kelana Jaya.


Kejadian berlaku berhampiran bangunan CGC, Kelana Jaya menyebabkan jalan raya menjadi sesak kerana orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.


Mangsa dalam kereta yang dihempap Honda Civic adalah dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua mereka cedera dan mangsa yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Sime Darby di Subang.



Kereta Honda Civic yang remuk itu ditarik keluar dari lokasi kejadian pada jam 10:00am. Keadaan kereta Honda Civic yang remuk teruk telah menyebabkan informasi palsu menjadi viral di media sosial bahawa salah seorang penumpang kereta maut dalam insiden ini.


Kerja-kerja MRT diberhentikan buat sementara waktu ini atas desakan Pengerusi NIOSH Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, menunggu siasatan lanjut.


Trending Malaysia dan seluruh rakyat di Lembah Klang berharap NIOSH boleh turun padang segera bagi menyiasat kemalangan ini supaya ia tidak lagi berlaku dimasa hadapan.  


Kejadian kemalangan projek MRT ini bukan kali pertama berlaku. Malapetaka melibatkan projek MRT ini sudah berlaku sebelum ini sebanyak dua kali.


Sekali pada 29 Mac 2013. Seorang maut dan seorang parah di lokasi yang sama. Kes satu lagi pula adalah pada 15 September 2012 juga  menyebabkan seorang pemandu maut.

Semoga kemalangan begini tidak berlaku lagi dimasa hadapan.