Ahad, 15 Jun 2014

Gambar Iphone 6 Dibocorkan Kepada Umum


Gambar-gambar ini dilepaskan kepada umum oleh "leaker" terkenal Sonny Dickson, yang sebelum ini membocorkan imej 5C iPhone yang betul sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Oleh itu kebarangkalian imej ini adalah betul juga amat tinggi.


Gambar depan dan belakang iPhone 6



Walaupun ramai peminat Apple menyatakan bahawa Apple sama sekali tidak akan mengeluarkan smartfon bersaiz phablet, tetapi gambar ini membuktikan bahawa saiz besar menjadi pilihan Apple kali ini.

Kemungkinan besar bahawa Apple mengikut selera atau permintaan penggunanya dalam kajian selidik pasaran terbaru. Bagi anda yang tidak tahu, phablet adalah model perantara PHone dan tABLET.

Tepuk dada tanya selera. Jika ini mengikut citarasa anda, dipersilakan beli apabila masuk pasaran Malaysia kelak.

Ternyata Apple bukan lagi "trend setter" tetapi hanya sekadar "trend follower". Bermulanya sekali lagi zaman kejatuhan Apple.