Isnin, 2 Jun 2014

PDRM Beli Helikopter Tempur



Kali terakhir kabinet meluluskan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperoleh 21 helikopter baru pelbagai jenis adalah pada tahun 2008.

Pada ketika itu PDRM sudah memiliki 12 helikopter pelbagai guna. Pembelian helikopter itu bukan sahaja untuk menjalankan operasi rondaan tetapi untuk membantu tugas pencegahan jenayah.

Selepas insiden di Lahad Datu tahun lepas dan beberapa kes penculikkan baru-baru ini, ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) sudah menggambarkan yang mereka akan dilengkapi dengan helikopter tempur dengan teknologi tercanggih dan terkini.

Ini adalah kerana apabila PDRM dilengkapi dengan helikopter tempur ini, pasukan PDRM akan lebih pantas bertindak berbanding pasukan komando darat dan TUDM. Helikopter tempur juga fleksibel  untuk digunakan dalam apa jua operasi sama ada rondaan, bantuan atau pertempuran.



Laporan akhbar hari ini mengenai pembelian helikopter tempur untuk PDRM

  

Apache Longbow AH-64D, helikopter tempur untuk operasi pelbagai guna yang diintai oleh PDRM

Semoga dengan pembelian ini keselamatan di Sabah lebih terjamin.